Home Kemanusiaan/Motivasi BERSATU-PADULAH DAN JANGAN BERPECAH BELAH KERANA PERPECAHAN MEMBAWA KEHANCURAN

BERSATU-PADULAH DAN JANGAN BERPECAH BELAH KERANA PERPECAHAN MEMBAWA KEHANCURAN

554
0

Secara asasnya umat Islam disifatkan sebagai sebuah umat yang satu. Hal ini kerana setiap yang dilakukan oleh umat Islam bersifat musyawarah dan bekerjasama. Sebagai contoh, di dalam pentadbiran negara ini di mana ia ditunjangi oleh Perdana Menteri sebagai pemimpin utama yang memerlukan satu permuafakatan bersama-sama para Menteri Kabinetnya sebelum dikeluarkan sesuatu keputusan atau polisi untuk dilaksanakan.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya ini adalah umat kamu umat yang satu dan Aku adalah Tuhan kamu maka beribadahlah (kepada-Ku).” (QS al-Anbiya’: 92)

Menurut Imam Ibn Hajar Al-Asqalani, Secara zahirnya sifat saling merahmati, saling berkasih sayang dan saling membantu ini meskipun mempunyai makna yang hampir sama, akan tetapi terdapat perbezaan tertentu padanya. Adapun saling merahmati, yang dimaksudkan dengannya adalah: Saling merahmati sesama mereka dengan ukhuwwah (persaudaraan) keimanan bukan dengan sebab selainnya. Adapun saling berkasih sayang pula membawa maksud: Saling berhubung yang boleh mendatangkan kasih sayang seperti saling menziarahi dan memberi hadiah. Adapun yang dimaksudkan dengan al-ta’athuf ia adalah mereka saling membantu antara satu sama lain. (Fath al-Bari, Ibn Hajar Al-Asqalani (10/439)

Oleh itu, Masyarakat Islam seharusnya perlu bersatu-padu dari segala hal supaya tidak mencetus sebarang keadaan boleh menimbul perpecahan dan perlu bersyukur kerana dapat menikmati dan berhimpun dalam suasana aman damai. Ambillah iktibar terhadap situasi semasa yang berlaku di negara-negara Timur Tengah. Akibat tiada kesepakatan dan muafakat, perpaduan di antara mereka hancur dan negara mereka dilanda perperangan. Adakah kita mahu menjadi seperti itu? Bersatu-padulah dan jangan sesekali terpedaya, terlena dan asyik mendengar kata-kata yang hendak memecah-belahkan kita, kerana perpecahan itu membawa kepada kehancuran dan kesengsaraan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah kamu berselisih faham kerana umat dahulu telah binasa disebabkan berselisih faham” (HR Imam Ahmad).

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan