Home Kemanusiaan/Motivasi ISMAIL HANIYEH SYAHID PETANDA GELOMBANG ISLAM SEMAKIN KUAT

ISMAIL HANIYEH SYAHID PETANDA GELOMBANG ISLAM SEMAKIN KUAT

191
0

Minggu lalu merupakan detik hitam buat seluruh umat Islam khususnya kepada rakyat P4l3st!n apabila pemimpin H4m4s, Ismail Haniyeh terbunuh dalam serangan udara oleh penduduk haram Isr4el di Tehran, Iran. Almarhum berada di Tehran bagi menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.

Walaupun dunia Islam sedang bersedih dengan pemergian beliau, perlu diingatkan bahawa ia bukanlah pengakhiran segala – galanya. Almarhum telah meninggalkan legasi perjuangan yang hebat untuk diteruskan oleh kita semua. Jadi sebagai umat Islam kita sepatutnya meneruskan apa yang ditinggalkan oleh almarhum dalam menuntut keamanan buat saudara seagama kita di P4l3st!n.

Ingatlah wahai umat Islam! Kematian almarhum Ismail Haniyeh merupakan satu titik permulaan kepada kebangkitan Islam. Jangan kita takut, jangan kita gentar kerana syahid seorang Ismail Haniyeh akan ‘melahirkan’ ramai Ismail Haniyeh lain yang memperjuangkan agama Islam dan menegakkan kebenaran.

Allah SWT berfirman:

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.” (QS Ali Imran: 169).

Sumber: Laporan Berita Harian, 31 Julai 2024)