Home Ektremisme/radikalisme LANGKAH-LANGKAH MEMBENTENGI DIRI DARI IDEOLOGI TERORISME DAN TINDAKAN EKSTREMIS

LANGKAH-LANGKAH MEMBENTENGI DIRI DARI IDEOLOGI TERORISME DAN TINDAKAN EKSTREMIS

53
0

Ancaman daripada kumpulan pengganas dan ideologi ganas boleh menjejaskan landskap keselamatan kerana unsur ekstremis berupaya mengeksploitasi konflik luar negara dan memanfaatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat untuk mempromosi naratif radikal dan merekrut penyokong.

Oleh yang demikian, kewaspadaan dan kesediaan masyarakat amat memainkan peranan penting dalam usaha membentengi dari pengganasan dan ekstremisme. Antaranya, setiap individu dalam masyarakat perlulah:
i. Mengenali tanda-tanda radikalisasi dan mengetahui proses yang berlaku selepas maklumat diberi;
ii. Mampu menangani halangan yang menahan individu prihatin daripada melaporkan kes radikalisasi yang disyaki dengan memberikan jaminan kepadanya dan meredakan kebimbangannya; dan
iii. Mengetahui saluran-saluran pelaporan agar dapat menasihati individu prihatin sewajarnya.

Justeru itu, langkah-langkah tersebut perlu diambil cakna dan disebarkan seluas-luasnya di pelbagai medium kerana ia amat berguna buat diri dan mendorong agar kita terus berwaspada dalam lingkungan pengaruh sekeliling demi memelihara negara agar kekal selamat dan terjamin dari sebarang ancaman keganasan dan ekstremisme.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara, Malaysia dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Singapura