Home Ektremisme/radikalisme KEPERLUAN ISA SEBAGAI MEKANISME MENCEGAH RADIKALISME DALAM MASYARAKAT

KEPERLUAN ISA SEBAGAI MEKANISME MENCEGAH RADIKALISME DALAM MASYARAKAT

66
0

Radikalisme dianggap sebagai satu fahaman bagi golongan yang mempercayai bahawa perubahan yang drastik dan mendadak diperlukan terutamanya dalam bidang politik dan sosial. Demi mencapai niat atau misi, golongan tersebut dianggap sebagai kelompok manusia yang bersifat sangat radikal atau berfahaman radikal yang mempunyai pendirian yang teguh sehingga sanggup bertindak di luar kawalan undang-undang.

Bagi golongan yang berfahaman radikal, mereka mengamalkan slogan ‘matlamat menghalalkan cara’. Golongan seperti ini akan bertindak apa sahaja cara demi mencapai matlamat mereka walaupun cara yang digunakan bertentangan dengan undang-undang. Tambahan lagi golongan radikalisme berasaskan agama, bukan sahaja undang-undang yang dilanggar, malah syariat turut diabaikan, ditafsirkan ayat al-Quran dan hadis menggunakan akal demi ‘menghalalkan’ misi.

Antara tanda kesan-kesan radikalisme adalah:

  1. Sering melayari laman web radikal;
  2. Memuat naik atau berkongsi pandangan ekstremis di media sosial;
  3. Mengagumi atau memberi sokongan kepada kumpulan pengganas;
  4. Bersikap ganas;
  5. Membuat kenyataan menggalakkan kebencian atau permusuhan antara kaum, agama dll;
  6. Menyatakan niat untuk menyertai kumpulan pengganas di dalam atau di luar negara;
  7. Menghasut orang lain untuk menyertai tindakan keganasan; dsb.

Justeru itu, potensi yang besar untuk berlakunya ancaman keselamatan jika tidak ada satu mekanisme yang ampuh bagi menghalang berlakunya radikalisme dalam kalangan golongan yang terpengaruh. Oleh sebab itu, perlunya perundangan sebagai mekanisme yang mencegah iaitu bukan sekadar memberi hukuman seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) untuk dijalankan di Malaysia.

Meskipun ramai yang menyatakan terhalangnya hak asasi manusia, namun sedarlah bahawa akta ini dapat mencegah dari berlakunya kerosakan yang melampau sama ada pada diri seseorang mahupun keharmonian dalam masyarakat. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – NOV 2024 dan Proceeding of the International Conference on Government n Public Affairs – Universiti Utara Malaysia