Home Hizbut Tahrir ROAD TO KHILAFAH: PROPAGANDA HIZBUT TAHRIR YANG MENGUNDANG BAHAYA

ROAD TO KHILAFAH: PROPAGANDA HIZBUT TAHRIR YANG MENGUNDANG BAHAYA

979
0

Hizbut Tahrir mendakwa mereka berjuang untuk menegakkan Khilafah Islam dan mengembalikan sistem Khilafah yang merupakan sistem Islam ciptaan Tuhan untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Selagi tidak tertegaknya Khilafah, maka selagi itulah umat Islam berada dalam keadaan berdosa.

Penyebaran propaganda Hizbut Tahrir “Road to Khalifah” yang disampaikan oleh Farid Wajdi (salah seorang pemimpin Hizbut Tahrir Indonesia),  seperti yang tersebar di youtube yang berdurasi 57 saat dan dikongsi oleh pengikut-pengikutnya di pelbagai medium media sosial yang lain dilihat semakin berani menyebarkan fahaman tersebut secara terang. Teks ringkas yang disampaikan oleh Farid Wajdi adalah seperti berikut:

 _“Kenapa kita membutuhkan Khilafah? Kerana Khilafah inilah yang akan mempersatukan umat Islam, Khilafah inilah yang akan menjaga nyawa umat Islam, Khilafah inilah yang akan menjaga kekayaan umat Islam dan menyerahkannya untuk kepentingan rakyat, Khilafah Islam inilah yang akan mempersatukan umat Islam, dan Khilafah Islam inilah yang akan membebaskan Palestina, Khilafah Islamlah yang akan membebaskan saudara-saudara kita yang dibantai di Suriah dan Khilafah Islam inilah yang akan menumbangkan penguasa-penguasa yang menjadi budak-budak negara imperialis” 

Selain itu, mereka juga merujuk kepada sebuah hadis yang tidak muktabar iaitu daripada hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Bazar: “Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Beliau kemudian diam”.

Teks yang disampaikan oleh Farid Wajdi dengan penuh semangat itu sepatutnya disekat kerana penyebaran-penyebaran sebegini di dalam medium sosial dikhuatiri akan menaikkan semangat umat Islam untuk berjuang dan berjihad dengan pendekatan yang salah kerana terpengaruh dengan propaganda sesat Hizbut Tahrir tersebut.

Apa yang dicanangkan oleh Hizbut Tahrir bagi membangunkan Khilafah Islam hanyalah laungan semata-mata. Bagaimana mereka menyeru supaya untuk turut bersama mereka berjuang mencapai matlamat yang diinginkan iaitu Khilafah Islamiah sedangkan kumpulan mereka sendiri tidak mengikut Nabi Muhammad S.A.W, menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak mengamalkan cara Islam secara menyeluruh.

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=XmXVBHYulFE dan Jurnal Pengajian Islam, KUIS.