Home Ateis ATEIS TOLAK TUHAN TETAPI DUNIA MASIH RAMAI MEMILIH ISLAM

ATEIS TOLAK TUHAN TETAPI DUNIA MASIH RAMAI MEMILIH ISLAM

21
0

Dalam dunia moden hari ini, semakin ramai manusia mendakwa tidak percaya kepada Tuhan. Golongan ateis sering mengatakan bahawa agama tidak lagi relevan dan manusia boleh hidup hanya dengan logik akal semata-mata.

Namun hakikatnya, pada masa yang sama semakin ramai menusia di seluruh dunia memilih untuk memeluk Islam setelah mencari kebenaran. Ramai individu berkualiti daripada ahli sukan, tokoh masyarakat hingga masyarakat biasa akhirnya mengakui kebenaran Islam dan kewujudan Allah SWT.

Sejarah juga menunjukkan ramai tokoh terkenal seperti Muhammad Ali, Mike Tyson dan Malcolm X akhirnya memilih Islam selepas melalui proses pencarian makna hidup. Ini membuktikan satu perkara, walaupun ada yang meninggalkan agama, tetapi pada masa yang sama semakin ramai juga manusia yang kembali mencari Tuhan.

Justeru itu, jangan terlalu cepat menolak kewujudan Allah SWT hanya kerana mengikut trend ateisme atau merasa terikat dengan ajaran agama Islam. Manusia mungkin boleh menafikan Tuhan dengan kata-kata, tetapi fitrah hati tetap akan mencari kebenaran, akhirnya tunduk kepada kebenaran Islam.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – APR 2026 dan tiktok @bijaii.alpacino