Home Ektremisme/radikalisme “SAYA ADALAH PENGHANCUR ISLAM” – SAMI HINDUTVA ANAND SWARUP

“SAYA ADALAH PENGHANCUR ISLAM” – SAMI HINDUTVA ANAND SWARUP

5
0

“Kami menentang Islam. Kami datang untuk menghapuskan Islam dari muka bumi ini. Saya akan menghapuskan Islam dari muka bumi ini. Inilah kepercayaan saya dan ini tertulis dalam nasib saya. Saya adalah penghancur Islam. Saya diturunkan untuk tujuan itu. Rakan-rakan kami yang mempercayai Islam seharusnya meninggalkan Islam dengan segera. Inilah kehendak kami” – Sami Hindutva: Anand Swarup

Inilah kata-kata yang berbaur kebencian agama yang esktrem dan berbahaya yang boleh mencetuskan permusuhan antara kaum. Meskipun sami tersebut berformasi di India, namun disebabkan di Malaysia telah pun didedahkan kewujudan kelompok ekstremis Hindutva semasa kecoh isu kuil haram baru-baru ini, maka pihak keselamatan negara perlulah cakna hal ini dan mengambil langkah pembendungan awal yang perlu.

Hindutva adalah ideologi nasionalisme Hindu yang bersifat ekstrem dan sering dikaitkan dengan sikap anti terhadap agama lain terutamanya Islam. Malah, ada tokoh radikal selain daripada Anand Swarup ini secara terbuka menyeru agar pengaruh Islam dihapuskan. Kumpulan Hindutva ini digelar sebagai kumpulan ekstremis dan radikal kerana ideologinya:
i. Menentang pengaruh agama lain seperti Islam
ii. Kempen menukar agama lain kepada Hindu
iii. Gerakan ‘vigilante’ atau keganasan seperti serangan atas alasan ‘melindungi lembu suci’

Justeru itu, masyarakat perlu waspada kerana Malaysia adalah negara majmuk yang hidup dengan toleransi agama dan perpaduan kaum. Sebarang ideologi ekstrem yang menyemai kebencian terhadap agama lain tidak wajar dibiarkan berkembang.

Masyarakat perlu peka dan berwaspada terhadap penyebaran fahaman ekstrem seperti Hindutva agar keamanan, keharmonian dan perpaduan negara terus terpelihara.

Sumber: The Merdeka Times – 6 APR 2026