Home LTTE MULLIVAIKKAL 18 MEI: KENANG SEJARAH, PELIHARA KEHARMONIAN, TOLAK KEGANASAN

MULLIVAIKKAL 18 MEI: KENANG SEJARAH, PELIHARA KEHARMONIAN, TOLAK KEGANASAN

6
0

Setiap tahun pada 18 MEI, sebahagian komuniti Tamil di seluruh dunia memperingati peristiwa Mullivaikkal yang menandakan berakhirnya konflik dalam perang saudara antara kerajaan Sri Lanka dan kumpulan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE). Tarikh ini membawa makna mendalam khususnya kepada mereka yang terkesan, sebagai tanda mengingati kehilangan nyawa dan penderitaan yang berlaku sepanjang konflik tersebut.

Di Malaysia, masyarakat berbilang kaum hidup dalam suasana aman dan harmoni. Justeru, sebarang bentuk peringatan sejarah wajar diraikan dengan penuh sensitiviti dan tanggungjawab. Dalam masa yang sama, penting untuk difahami bahawa kumpulan LTTE telah diharamkan di negara ini dan disenaraikan sebagai entiti.

Sebagai rakyat yang cintakan keamanan, perlulah bijak membezakan antara menghormati sejarah dan mangsa dengan sebarang bentuk sokongan terhadap ideologi keganasan. Peringatan seperti Mullivaikkal seharusnya menjadi ruang untuk menzahirkan empati dan kemanusiaan, bukan ruang kepada fahaman ekstremis yang boleh menjejaskan keharmonian.

Justeru itu, marilah sama-sama menjadikan sejarah sebagai iktibar. Kenanglah dengan penuh rasa hormat dan kemanusiaan sambil terus memelihara perpaduan serta mematuhi undang-undang negara. Keamanan yang kita kecapi pada hari ini adalah tanggungjawab bersama untuk dipelihara.

Sumber: Jurnal Strategik dan Keselamatan Antarabangsa, 8(1)