Home Kemanusiaan/Motivasi HILANGNYA BERKAT MENUNTUT ILMU KERANA HIBURAN MELALAIKAN

HILANGNYA BERKAT MENUNTUT ILMU KERANA HIBURAN MELALAIKAN

10
0

Kampus bukan tempat “release stress” sampai hilang batas. Teguran pihak berkuasa agama jelas terhadap program orientasi sebuah universiti tempatan hari ini yang semakin cenderung ke arah budaya hedonisme iaitu hiburan berlebihan, pergaulan bebas dan suasana yang melalaikan. Ini bukan lagi sekadar hiburan biasa, tetapi tanda arah mahasiswa mula tersasar.

Institusi pengajian tinggi sepatutnya melahirkan generasi berilmu dan berakhlak, bukan membiarkan budaya hedonisme menjadi norma. Bila hiburan diangkat lebih tinggi daripada ilmu, nilai adab dan jati diri akan semakin terhakis. Lebih membimbangkan, generasi muda mula melihat perkara ini sebagai sesuatu yang normal tanpa rasa bersalah.

Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu melampaui batas; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” (Surah Al-Baqarah: 190). Hiburan itu tidak salah, tetapi apabila melampaui batas dan menjurus kepada hedonisme, ia merosakkan jiwa dan masa depan. Jaga maruah kampus, jaga nilai diri, jangan sampai tempat menuntut ilmu bertukar menjadi pentas kelalaian.