Home Ektremisme/radikalisme DAESH ‘HIJACK’ IMEJ UMAT DAN AGAMA ISLAM KE ARAH KEGANASAN MENGAPAKAH MASIH...

DAESH ‘HIJACK’ IMEJ UMAT DAN AGAMA ISLAM KE ARAH KEGANASAN MENGAPAKAH MASIH ADA LAGI TERPENGARUH DENGAN IDEOLOGINYA?

133
0

Kumpulan militan DAESH merupakan kumpulan pengganas yang berasal daripada kumpulan al-Qaeda juga dikenali sebagai ISIS. Secara realitinya gerakan DAESH adalah terdiri daripada orang Islam berfahaman Sunni, namun gerakan ini tidak mewakili semua orang Islam beraliran sama dan tidak mewakili sebarang negara Islam.

DAESH dikatakan sangat kejam dan bertindak di luar batas syariat Islam serta batas kemanusiaan apabila mereka bukan sahaja membunuh orang-orang awam melalui bedilan bom mahupun senjata, malah mereka turut membunuh musuh yang tidak berdaya melawan degan begitu kejam meskipun musuh yang ditangkap telah meminta maaf. Bukan itu sahaja, DAESH juga menyembelih orang tawanan hidup-hidup, merosakkan bangunan sejarah Islam dan tempat-tempat ibadah umat Islam seperti masjid, meletupkan makam Nabi Yunus, meruntuhkan makam Nabi Daniel dan sebagainya.

Oleh sebab itu, para ulama dunia telah menfatwakan bahawa DAESH adalah kumpulan yang sesat kerana tindakan DAESH telah melanggar syariat Islam. Kini, seharusnya umat Islam di seluruh negara telah mengetahui kesesatan kumpulan DAESH atau ISIS ini, namun mengapakah masih lagi ada yang terpengaruh dengan ideologi keganasannya termasuklah golongan cerdik pandai terutamanya di Malaysia? Sebagaimana tular beberapa hari lepas berkenaan penangkapan seorang bekas pensyarah beserta lapan warga tempatan ditahan kerana dipercayai terlibat dengan ideologi kumpulan pengganas DAESH dalam satu operasi serentak di empat negeri (Kelantan, Selangor, Johor, Pulau Pinang), pada Sabtu dan Ahad lalu. Kesemua suspek dikatakan telah mewujudkan ancaman terhadap Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, Perdana Menteri, orang kenamaan dan pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sedarlah bahawa DAESH bukanlah kumpulan yang murni akidahnya dan tindakan dilakukan bukan berasal dari ajaran Islam sebenar. DAESH bukanlah tentera Imam Mahdi seperti yang didakwa oleh penyokong mereka. Secara logiknya, apakah Imam Mahdi memenangkan Islam dengan melakukan tindakan di luar syariat Islam? inilah fitnah akhir zaman. Imej Islam yang sepatutnya melambangkang kedamaian telah di ‘hijack’ oleh golongan-golongan pengganas yang melabelkan diri atau kumpulan mereka atas nama Islam. Berhati-hatilah.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – JUN 2024, Sinar Harian – 24 JUN 2024 dan On the Origins of ISIS by Abdul Hussain.