Home Kemanusiaan/Motivasi AWAS ‘LOVE SCAM’ : KERANA CINTA PALSU NYAWA KELUARGA TERGADAI

AWAS ‘LOVE SCAM’ : KERANA CINTA PALSU NYAWA KELUARGA TERGADAI

11
0

Kes tragis empat beranak maut baru-baru ini dipercayai berpunca daripada hutang mencecah RM260,000 yang dikaitkan dengan hubungan ‘love scammer’. Lebih menyayat hati, tekanan emosi dan konflik rumah tangga akibat penipuan itu akhirnya membawa kepada kejadian bunuh yang meragut nyawa sekeluarga. Ini membuktikan bahawa ‘love scam’ bukan sekadar penipuan biasa, tetapi boleh menghancurkan kewangan, emosi malah nyawa.

‘Love scam’ biasanya bermula dengan ayat manis di media sosial, konon mahu berkahwin, berkongsi masa depan, tetapi akhirnya meminta wang dengan pelbagai alasan. Mangsa yang terpedaya bukan sahaja kerugian besar, malah ada yang tidak berani membuat laporan kerana malu atau terlalu percaya kepada ‘scammer’. Di sinilah bahaya sebenar, apabila emosi mengatasi akal, penipuan jadi sukar dihentikan.

Masyarakat perlu lebih peka dan berwaspada. Jangan mudah percaya pada “cinta online” yang terlalu sempurna, jangan sesekali hantar wang kepada individu yang tidak pernah ditemui dan segera laporkan kepada pihak berkuasa jika meragukan. Ingat, cinta sebenar tidak meminta wang, yang meminta itu selalunya perangkap. Jangan sampai terlewat sedar kerana akibatnya bukan sekadar rugi, tetapi boleh membawa tragedi.