Isu penghinaan terhadap Islam kini bukan lagi kes terpencil, tetapi semakin berani dan terbuka di media sosial. Tular baru-baru ini beberapa akaun yang memuat naik kandungan menghina agama Islam. Contohnya akaun tiktok “thedajjall”, membuat ‘live’ sedang memijak al-Quran sambil melakukan provokasi kepada ‘viewers’ untuk memberikan ‘like’ atau ‘gift’ lebih banyak jika mahu dirinya berhenti berbuat demikian. Ada sebuah lagi akaun, “Quran says Jesus is God”, semua kandungan yang diciptanya berkait dengan kaabah yang telah disunting dengan unsur-unsur yang menghina Islam.
Lebih mengecewakan, walaupun ramai pengguna telah membuat laporan, ada kes yang menerima respon “No violations”, seolah-olah perbuatan menghina agama ini tidak dianggap serius. Situasi ini jelas menunjukkan kelemahan kawalan kandungan dan membuka ruang kepada provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan antara masyarakat.
Justeru itu, masyarakat perlu lebih peka dan tidak memandang ringan perkara ini. Laporkan kandungan melampau, elakkan menyebarkannya tanpa tujuan dan perkuatkan kefahaman agama supaya tidak mudah terpengaruh dengan agenda provokasi. Pada masa yang sama, tindakan mesti dilakukan dengan hikmah, bukan sekadar emosi, tetapi dengan kesedaran dan tanggungjawab. Media sosial bukan medan bebas tanpa batas. Jika tidak dibendung, budaya menghina agama ini boleh menjadi normal dan itu adalah ancaman sebenar kepada perpaduan serta keharmonian negara.
#persendaAgama #HinaIslam #thedajjal #QuransaysJesusisGod #banned


