Home Ajaran Sesat DAKWAAN NEW AGE MOVEMENT TERHADAP YB MARHAMAH: SEKADAR PERSEPSI ATAU ADA BENARNYA?

DAKWAAN NEW AGE MOVEMENT TERHADAP YB MARHAMAH: SEKADAR PERSEPSI ATAU ADA BENARNYA?

21
0

Isu berkaitan dakwaan penglibatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Marhamah Rosli, dengan ajaran sesat New Age Movement (NAM) kembali menjadi perhatian selepas beberapa pendedahan dan perbincangan hangat di media sosial. NAM secara umum merujuk kepada aliran spiritual moden yang sering dikaitkan dengan konsep seperti “energy”, “vibration”, “quantum” dan “law of attraction”, yang menimbulkan perdebatan dari sudut akidah Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, menerusi hantaran sebuah akaun media sosial yang dikaitkan dengan Mashitah, terdapat dakwaan bahawa wujud “bukti” YB Marhamah Rosli sejak beberapa tahun lalu pernah terlibat dalam penyampaian ceramah atau perkongsian di media sosial berkaitan konsep NAM. Dakwaan tersebut turut mengaitkan beberapa sesi “talk” dan “sharing” yang didakwa membawa elemen pembangunan diri berteraskan konsep tersebut seperti Doa Quantum, cara berdoa dengan tenang hasil gabungan “feeling are prayers” serta 6 Solusi yang dipelajari melalui Tuan Afnan Rosli. Afnan Rosli didakwa pernah terpalit kontrovesi menyebar NAM dalam program Metamorfosis, mengajar meditasi, “law of attraction”, “feeling are prayer”, “breathwork” seperti yoga Hindu dan banyak lagi. Semua bukti ini ditangkap layar melalui FB YB Marhamah Rosli.

Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dilaporkan telah mengadakan sesi “tabayyun” bersama YB Marhamah Rosli, melibatkan Mufti Wilayah Persekutuan serta Panel Pakar Akidah bagi meneliti dakwaan tersebut secara lebih terperinci. Hasil pertemuan itu, JAKIM turut memberikan teguran, nasihat dan panduan agar sebarang kandungan atau pendekatan yang boleh mengelirukan masyarakat diperbetulkan serta tidak bercanggah dengan disiplin ilmu Islam dan akidah. Apakah maksud semua ini?

Walau bagaimanapaun, masyarakat dinasihatkan supaya tidak membuat kesimpulan terburu-buru, sebaliknya menunggu penjelasan serta keputusan rasmi daripada pihak berwajib sebelum membentuk pandangan terhadap isu yang melibatkan YB Marhamah Rosli ini. Pada masa yang sama, jangan terjebak dengan ajaran sesat New Age Movement dalam apa bentuk sekalipun.