Home Liberalisme AWAS PENULARAN FAHAMAN LIBERAL SEMAKIN BERKEMBANG!!! CABARAN RAKYAT MALAYSIA MEMILIH PEMIMPIN PADA...

AWAS PENULARAN FAHAMAN LIBERAL SEMAKIN BERKEMBANG!!! CABARAN RAKYAT MALAYSIA MEMILIH PEMIMPIN PADA 12 OGOS

311
0

Menjelang Pilihanraya Negeri (PRN) pada 12 OGOS ini, pemilihan pemimpin yang betul sangat memainkan peranan dalam pembangunan sesebuah negara sama ada dari sudut pemeliharaan agama, kestabilan politik, pemacuan ekonomi dan ketamadunan pertumbuhan masyarakat Malaysia. Dari sudut politik, liberalisme adalah pemikiran berpusat kepada individu yang dianggap sebagai memiliki hak dalam pemerintahan, termasuk persamaan hak yang dihormati, hak berekspresi dan bertindak serta bebas dari ikatan-ikatan agama dan ideologi.

Walaupun fahaman liberal ini telah menular dalam agama Islam sehingga wujudnya istilah Islam liberal, namun sebagai pemimpin beragama Islam, sudah pasti hal ini menjadi salah satu cabaran yang perlu dihadapi supaya garis pimpinan mahupun keputusan tidak terjerumus ke arah pemikiran liberal. Desakan dari dunia mahupun masyarakat Malaysia sendiri yang dilihat semakin mendukung gagasan liberal meskipun bertentangan dengan syariat perlu dibendung. Pikullah amanah sebagai seorang pemimpin Islam dalam membanteras perkara mungkar dan galas tanggungjawab sebagai pemimpin sambil berusaha mengajak rakyat ke jalan yang benar berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Meskipun tidak ada mana-mana individu atau kumpulan yang secara jelas menamakan ideologi dan fahaman perjuangan mereka dengan menggunakan terma liberal seperti mana di Indonesia yang mempunyai Jaringan Islam Liberal (JIL), ini tidak bermakna di Malaysia tidak wujud. Jika diteliti kembali elemen-elemen fahaman liberal, sudah pasti di seluruh platform sama ada secara fizikal, media massa mahupun alam maya, aliran pemikiran ini wujud dan berkembang di negara kita. Justeru itu, pilihlah pemimpin dengan bijak kerana ini adalah salah satu usaha kita sebagai umat Islam dalam mempertahankan tradisi kita dalam mendepani arus pemikiran yang datang bersama-sama dengan peradaban Barat.

Sumber: Jurnal Islamiyyat, Vol. 41 (2)