Home Kemanusiaan/Motivasi BILA SYURA DAN TABAYYUN TIDAK DIHAYATI: ADAB SEMAKIN TERHAKIS

BILA SYURA DAN TABAYYUN TIDAK DIHAYATI: ADAB SEMAKIN TERHAKIS

16
0

Titah Sultan Nazrin Shah mengenai krisis adab dalam kalangan umat Melayu dan Islam perlu dilihat sebagai isyarat penting terhadap keadaan masyarakat hari ini yang semakin longgar dalam menjaga tutur kata, adab pergaulan dan etika berbeza pandangan. Perbezaan pendapat yang sepatutnya diraikan dengan ilmu dan hikmah kini sering bertukar menjadi permusuhan, penghinaan dan penyebaran fitnah di ruang media sosial tanpa semakan kebenaran.

Allah SWT telah mengingatkan dalam al-Quran: “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (tabayyun)…” (Surah Al-Hujurat: 6). Ayat ini menegaskan kepentingan memastikan kesahihan maklumat serta menghidupkan budaya tabayyun agar tidak menzalimi orang lain dan merosakkan perpaduan ummah.

Justeru itu, masyarakat perlu kembali menghidupkan budaya syura, tabayyun serta adab. Tanpa nilai ini, ilmu dan kebebasan bersuara boleh menjadi punca perpecahan. Namun dengan adab dan hikmah, ia mampu membina keharmonian serta kekuatan umat yang sebenar.