Home Liberalisme UMAT ISLAM BASUH KUIL? APA HUKUMNYA

UMAT ISLAM BASUH KUIL? APA HUKUMNYA

33
0

Tular gambar sekumpulan individu Muslim menyertai gotong-royong membersihkan sebuah kuil Hindu sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. Walaupun semangat membantu dan keharmonian masyarakat berbilang agama wajar dihargai, umat Islam perlu memahami batas yang ditetapkan oleh syariat agar niat berbuat baik tidak mengabaikan hukum agama.

Apakah hukum muslim membersihkan rumah ibadat agama lain?

Menurut penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi Al-Kafi #1852, umat Islam tidak dibenarkan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong membersihkan rumah ibadat agama lain kerana dikhuatiri termasuk dalam bentuk bantuan yang menjurus kepada kesyirikan.

Namun, larangan ini bukan bermaksud umat Islam tidak boleh berbuat baik kepada penganut agama lain, sebaliknya terdapat perbezaan antara membantu secara langsung urusan rumah ibadat dengan memberikan bantuan kemanusiaan. Firman Allah dalam Surah al-Maidah, ayat 2 bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat Kebajikan danbertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

Umat Islam masih boleh menghulurkan bantuan dengan membersihkan rumah kediaman, menyumbangkan wang, menyediakan makanan atau membantu keperluan harian tanpa mengira agama. Toleransi bukan bermaksud mengetepikan prinsip akidah, manakala menjaga akidah bukan alasan untuk bersikap bermusuhan. Jadilah masyarakat yang saling membantu dengan penuh hikmah tetapi tetap memahami batas agama dan merujuk pihak berautoriti apabila timbul persoalan hukum.
JAGA AKIDAH, TERUSKAN KEBAJIKAN!