Home Liberalisme AWAS!!! JARINGAN ISLAM LIBERAL (JIL) INDONESIA ADALAH GERAKAN LIBERALISME YANG BAHAYA DAN...

AWAS!!! JARINGAN ISLAM LIBERAL (JIL) INDONESIA ADALAH GERAKAN LIBERALISME YANG BAHAYA DAN SESAT JANGAN TERPENGARUH DENGAN FAHAMAN ISLAM LIBERAL YANG CUBA DISEBARKAN DI NEGARA INI

1401
0

Satu perkara yang perlu diakui harini ialah fenomena kewujudan fahaman liberal dalam Islam yang semakin berkembang di seluruh dunia termasuk di rantau Nusantara khususnya Malaysia dan Indonesia.

Di Indonesia, fahaman Islam Liberal disebarkan secara terang-terangan dan tanpa bersembunyi. Sebagai contoh, sebuah pertubuhan sah yang dinamakan sebagai Jaringan Islam Liberal (JIL) yang dipelopori oleh Nurcholis Majid dan kini dipimpin oleh Ulil Abshar Abdalla memperlihatkan liberalisasi di Indoneisa adalah satu proses penghancuran akidah secara besar-besaran di negara yang mempunyai penganut agama Islam terbesar dunia.

Di Malaysia pula, secara asasnya gerakan ini hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh JIL kerana mereka banyak meniru apa yang dilakukan oleh Indonesia. Namun, perbezaannya adalah mereka di Malaysia agak terbatas untuk menjayakan agenda liberalisasinya atas faktor ketegasan pihak kerajaan. Walaupun mereka tiada nama khusus yang merujuk kepada kumpulan Islam Liberal seperti JIL di Indoneisa, namun mereka dapat dikenalpasti menerusi program atau aktiviti yang mereka adakan atau kenyataan dikeluarkan terutamanya berkenaan isu hak asasi dan kebebasan yang dikatakan bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan fahaman liberal sebagai sesat pada tahun 2006, mereka tetap konsisten dan tersusun dalam memastikan usaha penyebaran fahaman Islam Liberal ini mencapai matlamatnya. Mereka akan menjadi agresif apabila timbul isu kebebasan dan hak asasi manusia seperti dalam isu amalan songsang lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), feminisme, kebebasan beragama, murtad dan poligami.
.
Sebagai contoh dalam isu hangat terkini yang membabitkan seorang usahawan yang dikenali sebagai Sajat yang dikatakan kononnya dirinya tidak diperlakukan dengan adil disebabkan oleh faktor gendernya. Malah usahawan tersebut melihat Islam mempunyai banyak sekatan untuk dia terus hidup bebas seperti kehendaknya dan sanggup untuk menukar agama. Apa yang lebih merungsingkan ialah terdapat banyak pihak terutamanya yang berfahaman liberal termasuklah ibu bapanya menyokong tindakan Sajat untuk terus hidup dalam keadaan ‘kekeliruan jantina’ dengan mengatakan bahawa itu haknya.

Peristiwa sebegini memperlihatkan tanpa kita sedari kebanyakan umat Islam telah dipengaruhi dengan fahaman liberal dengan memandang enteng terhadap hukum agama. Justeru itu, ia perlu dibendung sebelum wujudnya gerakan secara terang-terangan seperti di Indonesia yang akhirnya memprejudiskan akidah umat Islam.

Sumber: Berita Harian, 24 Januari 2015