Home Kemanusiaan/Motivasi JANGAN MELAKUKAN ‘TAHRISY’ (PROVOKASI) SESAMA MUSLIM KERANA IA ADALAH PERBUATAN SYAITAN YANG...

JANGAN MELAKUKAN ‘TAHRISY’ (PROVOKASI) SESAMA MUSLIM KERANA IA ADALAH PERBUATAN SYAITAN YANG TERCELA DAN TERMASUK DOSA YANG BESAR

2289
0

Sayang seribu kali sayang, dunia semakin maju dengan kecanggihan teknologi tetapi peradaban manusia seolah berundur 100 tahun ke belakang. Apabila dunia semakin canggih dengan bermacam jenis gajet, berbagai jenis media sosial dicipta dan dibangunkan, manusia menjadi semakin hilang akhlak dan adab dalam pergaulan. Malah, ada yang sengaja melakukan kekacauan dengan fitnah yang tidak berasas termasuklah perbuatan ‘tahrisy’ atau dalam Melayunya disebut sebagai provokasi.

Provokasi sesama manusia bahkan di kalangan Muslim ini adalah kejahatan yang dilakukan oleh syaitan laknatullah. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya syaitan telah berputus asa untuk membuat orang-orang yang solat menyembahnya di Jazirah Arab. Namun syaitan tidak berputus asa untuk melakukan ‘al-tahrisy’ (provokasi) sesama orang yang beriman.” (HR Muslim: 2812)

Lihat keadaan pada hari ini, semakin hari semakin ramai manusia yang memulakan provokasi ketika mahu menegakkan pandangan atau mengkritik pihak yang tidak sepandangan dengan mereka. ada ayat-ayat yang tidak perlu diungkapkan tetapi diletakkan dengan sengaja sebagai satu perbuatan provokasi untuk memuaskan hati sendiri. Lupakah kita bahawa jika kita melakukan perbuatan itu dengan sengaja ada malaikat yang mencatat setiap butir bicara dan apa yang dituliskan?

Ketahuilah umat Islam sekelian, perbuatan ‘tahrisy’ (provokasi) ini adalah perbuatan tercela yang merosakkan hubungan persaudaraan, kesatuan, masyarakat bahkan boleh menganggugugat keamanan dan keselamatan negara. Malah, ia merupakan salah satu dosa besar kepada para Muslim jika dilakukannya. ‘Tahrisy’ merupakan antara salah satu perbuatan ‘namimah’, iaitu menukil perkataan dari sebelah pihak ke pihak lain atau antara dua orang untuk menimbulkan gangguan pada salah satunya. Allah SWT telah memerintahkan para hambaNya agar tidak mengikut golongan tersebut seperti yang dinyatakan dalam surah al-Qalam ayat 10 hingga 11:

“Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina,yang banyak mencela, yang kian ke mari menebar namimah.”

Bahkan, Rasulullah SAW telah memberikan amaran: “Tidak masuk syurga pelaku namimah” (HR. Muslim: 105)

Ingatlah, perbuatan ‘tahrisy’ ini tidak boleh diremehkan sama sekali kerana ianya merupakan dosa besar. Allah tidak akan menerima taubat kita selagi dosa kita tidak dimaafkan oleh pihak yang kita ‘tahrisy’kan. Ia boleh diampunkan sekiranya kita sempat meminta maaf. Jika tidak, dosa kita tidak akan terampun dan kita akan bawanya hingga ke Padang Mahsyar untuk dihitung. Wallahualam.

Sumber: Laman Web muslim.or.id (https://muslim.or.id/35351-jangan-suka-memprovokasi-sesama-muslim.html) dan Facebook Page / Dr. Kamilin Jamilin (Hindari Provokasi Yang Tidak Perlu)