Home Syiah JANGAN TERTIPU DENGAN ‘INTERNATIONAL QUDS DAY’ TAJAAN SYIAH!

JANGAN TERTIPU DENGAN ‘INTERNATIONAL QUDS DAY’ TAJAAN SYIAH!

1052
0

Setiap jumaat terakhir bulan Ramadhan biasanya akan disambut Hari al-Quds Sedunia atau ‘International Quds Day’ yang kononnya untuk memperingati perjuangan umat Islam membebaskan Palestin dari penjajahan Zionist. Sebenarnya sambutan Hari al-Quds Sedunia tersebut diasaskan oleh Khomeini, ‘Imam’ besar Syiah yang kononnya bagi memperlihatkan Syiah sebagai pejuang pembebasan kota al-Quds dari Yahudi. Pada hari tersebut, penganut Syiah akan keluar beramai-ramai sambil menjunjung poster dan gambar-gambar Khomeini sebagai lambang pejuangan Syiah terhadap pembebasan al-Aqsa.

Menurut Sheikh Yusuf Qardhawi sepatutnya sambutan hari al-Quds ini disambut oleh umat Islam pada setiap 21 Ogos sebagai Hari al-Aqsa Sedunia iaitu sempena peristiwa pembakaran Masjid al-Aqsa oleh pelampau Zionist. Atau boleh juga diadakan sambutan pada 27 Rejab sempena pembebasan al-Quds (Baitul Maqdis) oleh Salahuddin al-Ayubi pada tahun 538 H.

Soalnya, apakah sumbangan Khomeini dan Syiah terhadap perjuangan Palestin? Pernahkah darah Syiah mengalir di bumi Palestin? Kita rasa pelik dan tertanya-tanya, mengapakah mantan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, turut menyebarkan perkara yang sama melalui ‘FB live’ pada 5 Mei yang lalu dengan kerjasama Sekretariat Palestin Malaysia? Adakah ini menunjukkan majoriti rakyat Malaysia sudah terpengaruh dengan dakyah kumpulan Syiah yang ingin mendewa-dewakan Imam Khomeini yang kononnya sebagai pejuang Syiah dalam isu Palestin?

Tahukah kita bahawa bapa kemerdekaan Palestin setelah diperintah 12 Kurun oleh Babylion, Yunani, Parsi dan Rom adalah seorang sahabat yang agung iaitu Saidina Umar al-Khattab r.a. Namun, Saidina Umar menjadi bahan cercaan dan kutukan golongan Syiah malah mengkafirkannya

Bapa kemerdakaan kedua selepas ditawan oleh tentera salib selama 92 tahun ialah Sultan Salahuddin al-Ayubi. Beliau adalah seorang Sunni. Bahkan Syiah tidak pernah mengiktiraf masjid al-Aqsa yang terletak di Palestin. Malah dalam kitab Syiah menyatakan tidak ada masjid al-Aqsa dan tempatnya di langit. Bahkan golongan Syiah mendakwa bahawa masjid Kuffah di Iraq lebih baik berbanding Masjid al-Aqsa di Palestin.

Sedangkan mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, Masjidil Aqsa di Pelastin adalah masjid yang ketiga terbaik di bumi ini selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Nabawi di Madinah. Oleh itu, umat Islam jangan sama sekali terpengaruh dengan agenda Syiah untuk mempromosi Hari al-Quds Sedunia sebagai mengenangkan jasa pemimpin Syiah yang berjuang untuk membebaskan bumi Pelastin, sedangkan pengorbanan tokoh-tokoh Syiah ke atas bumi Palestin tidak pernah wujud. Mereka ingin mengelabui mata umat Islam antarabangsa dan menjulang nama Khomeini dan Syiah. Penipuan ini mesti dihapuskan daripada sambutan Hari al-Quds Sedunia.

Inilah topeng sebenar Syiah terhadap isu Palestin. Mereka hanya menggunakan hari al-Quds sedunia untuk mengelabui mata umat Islam Sunni. Maka sayugianya nama Khumaini dan Syiah dipadamkan dari hari sambutan al-Quds di dunia. Bahkan hari kemerdekaan al-Quds pada 27 rejab 538M oleh Sultan Salahuddin al-Ayubi lebih layak dan lebih berhak untuk diperingati.

Persoalannya dimanakah sumbangan Khomeini atau Syiah seperti yang dicanang-canangkan ke seluruh pelosok dunia?