Home Kemanusiaan/Motivasi AGAMA ISLAM SEMAKIN RANCAK DIHINA! APA FUNGSI KITA?

AGAMA ISLAM SEMAKIN RANCAK DIHINA! APA FUNGSI KITA?

44
0

Semakin hari kita lihat agama Islam semakin rancak dihina. Akan tetapi, kita masih diam dan terus berdiam. Apa fungsi kita? Baru – baru ini kita “disajikan” dengan video seorang lelaki bukan Muslim tempatan yang rancak menghina umat Islam dan agama Islam dengan mengatakan “Islam akan mati”.

Kemudiannya kita terus “dihidangkan” dengan video seorang peguam dari negara Thailand yang menyamakan agama Islam dan penganutnya dengan khinzir. Yang terkini, seorang wanita yang menggelarkan dirinya Qween Fatima secara terang – terangan menyanyikan lagu yang bermaksud untuk menghina Islam. Antara lagu yang sedang rancak diputarkan melalui saluran YouTube iaitu “Who is Allah?” dan “Salah” yang merujuk kepada perkataan solat.

Mengapa masih berdiam diri? Mengapa kita masih menjadi patung cendana tanpa apa – apa tindakan? Ini kerana kita masih lagi hidup berpecah belah dan hanya mementingkan diri sendiri. Kita sekadar mengharapkan pihak berkuasa menangani masalah tersebut tanpa kita melakukan apa – apa tindakan. Rasulullah SAW bersabda:

“Akan hampir seluruh manusia mengerumuni kamu sebagaimana mengerumuni makanan ke bekasnya. Maka seorang berkata: Dan adakah disebabkan jumlah kami pada waktu itu menjadi sedikit?. Jawab Baginda: Bahkan jumlah kamu pada hari itu begitu ramai, tetapi kamu hanya seperti buih seumpama buih air banjir. Dan Allah akan cabut daripada sanubari musuh kamu perasaan gerun terhadap kehebatanmu..” (HR Abu Daud).

Firman Allah SWT:

“Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”.
Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolokolok dan mengejeknya?”. Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.” (QS At – Taubah: 65 – 66).

Wahai kaum Muslimin! Kaum umat Nabi Muhammad SAW! Sedarlah kita sekarang sudah di fasa akhir kehidupan dunia. Tiada yang layak menjaga agama kita melainkan diri kita sendiri. Bangkit! Lawan! Penistaan terhadap ajaran Islam tidak boleh dipandang remeh lebih-lebih lagi jika dibuat oleh umat Islam sendiri. Kita berdoa agar Allah SWT memelihara kita dan ahli keluarga dijauhkan dari kejahilan dan kesesatan. Panjatkan juga doa agar mereka semua diberi petunjuk hidayah untuk bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)