Home Liberalisme FAHAMAN LIBERAL YANG BERPEGANG KEPADA FALSAFAH KEBEBASAN AKAN MEMBAWA SESEORANG SEMAKIN JAUH...

FAHAMAN LIBERAL YANG BERPEGANG KEPADA FALSAFAH KEBEBASAN AKAN MEMBAWA SESEORANG SEMAKIN JAUH DARIPADA AJARAN ISLAM

834
0

Akar falsafah liberal sangat rapat dengan tamadun Barat. Prinsip utama liberalisme adalah memperjuangkan kebebasan manusia. Golongan itu mahu manusia hidup bebas dan tidak dikongkong oleh mana-mana sistem nilai, agama dan perundangan.

Tiada sistem nilai, undang-undang dan akhlak yang boleh memaksa mereka berpegang dengannya termasuklah agama, mitos dan sistem kepercayaan yang dibawa dalam konteks budaya.

Disebabkan berpegang kepada prinsip dan falsafah kebebasan serta keterbukaan dalam semua aspek kehidupan menyebabkan golongan itu bebas menentukan sistem nilai terbaik buat diri mereka dengan menggunakan akal sebagai pertimbangan.

Istilah liberal juga dikaitkan dengan sikap antifeudal iaitu tidak terikat dengan mana-mana kekuasaan politik. Dari segi ekonomi, liberalisme membawa pendekatan pasaran bebas yang membataskan tanpa campur tangan kerajaan yang memerintah. Dari sudut sosial pula, mereka akan memperjuangkan kebebasan wanita.

Wanita tidak boleh dikongkong dan sebab itu mereka melihat perkahwinan sebagai satu kontrak (partnership). Apabila berkahwin, golongan itu mahukan hak persamaan iaitu kesamarataan jantina dan penghapusan kawalan terhadap individu.

Dalam konteks agama, sudah pasti liberalisme mempunyai agenda khusus. Bagi mereka, agama menjadi punca mereka disekat serta dicengkam selama ribuan tahun oleh kelompok yang dikatakan sebagai institusi agama.

Agama tidak boleh ditentukan oleh kuasa mutlak yang akhirnya membataskan kebebasan manusia. Kalau hendak beragama, agama itu perlu bebas membuka ruang bagi mentafsirkan sumber agama dari sudut pandang apa sekalipun.

Sumber: Harian Metro, 29 Ogos 2018.