Home Kemanusiaan/Motivasi SOLIDARITI DAN DOA ADALAH SENJATA UNTUK MEMBANTU UMAT PALESTIN DARI KEKEJAMAN Z1ON1$

SOLIDARITI DAN DOA ADALAH SENJATA UNTUK MEMBANTU UMAT PALESTIN DARI KEKEJAMAN Z1ON1$

976
0

Sekitar 28 Ramadhan lalu, dunia digemparkan dengan serangan Z1on1$ ke atas para umat Islam di P4l3st1n hingga mengorbankan ribuan nyawa yang tidak lain hanyalah penduduk awam, para wanita, warga emas dan kanak-kanak. Kekejaman itu berterusan hingga ke 1 Syawal di mana umat Islam seluruh dunia meraikan hari kemenangan Aidilfitri dan masih berlangsung hingga saat ini. Akan tetapi saudara-saudara kita di P4l3st1n menanggung sengsara akibat dari bedilan roket, peluru berpandu, bom dan sebagainya oleh para Z1on1$.

Ya, memang tidak dinafikan ramai yang terkesan dengan kekejaman tersebut. Lebih-lebih lagi seluruh pemimpin dunia membisu dengan tindakan kekejaman itu. Sebagai umat Islam yang mengasihi saudara seagama kita, apa yang perlu kita lakukan? Solidariti dan doa. Itulah senjata yang paling ampuh buat umat Islam. Al –Aqsa adalah tanah umat Islam, negeri para Nabi Allah SWT, lalu kita mesti selalu memanjatkan doa kepada Allah SWT agar melindungi saudara-saudara kita di sana. Umat Islam perlu terus bersolidariti bersama rakyat Palestin yang tertindas. Percayalah, menerusi solidariti daripada masyarakat Islam ia mampu membantu rakyat P4l3st1n untuk meneruskan hidup di tanah tumpah darah mereka.

Rasulullah SAW bersabda:

“Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Dan siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Dan siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat.” (HR Muslim: 2262)

Ayuhlah para umat Islam di bumi bertuah Malaysia sekelian, tunjukkan solidariti anda kepada dunia bahawa kita sangat mengutuk, mengecam dan mengeji tindakan Z1on1$ ke atas saudara seIslam kita di P4l3st1n atas nama Islam dan atas dasar kemanusiaan. Jika rakyat negara-negara luar seperti Australia, London, sebahagian penduduk USA, Sepanyol, Pakistan, Tunisia dan Turki boleh menunjukkan rasa amarah mereka menerusi gerakan demonstrasi jalanan, kita boleh melakukan hal yang lain seperti memboikot barangan keluaran negara haram Isr43l atau sekutunya. Selain itu, perbanyakkan sedekah ataupun salurkan bantuan kepada tabung-tabung yang disediakan oleh para NGO Islam. Dengan cara itu, barulah kita menunjukkan solidariti sebenar kepada rakyat P4l3st1n.

Ingat, Baitulmaqdis adalah tanah kita, Al-Aqsa adalah kiblat pertama bagi umat Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi dan menjaganya dari kekejaman para tentera Z1on1$ Laknatullah!

#FREEP4L3$T1N3

#BEBASKANALAQSA

Sumber: Utusan Malaysia “Solidariti, doa senjata bantu P4l3st1n” (14 Mei 2021)