Home MURTAD AWASI!!! BERHATI-HATILAH DENGAN DAKYAH KRISTIANISASI YANG DISOKONG OLEH GOLONGAN LIBERAL UNTUK MEMURTADKAN...

AWASI!!! BERHATI-HATILAH DENGAN DAKYAH KRISTIANISASI YANG DISOKONG OLEH GOLONGAN LIBERAL UNTUK MEMURTADKAN UMAT ISLAM DI NEGARA INI

825
0

Laporan Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam California mengatakan pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara negara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang dipanggil “Window 10/40”. Malaysia dijadikan sasaran kerana Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai ramai rakyat yang berpegang teguh dengan agama Islam.

Faktor-faktor menyebabkan seseorang itu menjadi murtad adalah akibat daripada kelemahan untuk bertindak balas ke atas serangan musuh-musuh Islam yang melancarkan serangan dari pelbagai sudut dan bentuk yang tidak mampu ditangkis oleh masyarakat Islam kerana lemah daya pemikiran lantaran jahil terhadap agamanya sendiri.

Bukan itu sahaja, dakyah Kristian secara halus dengan mengutamakan kebajikan khusus kepada orang Islam yang tidak berkemampuan menjadi satu titik permulaan bagi seseorang individu Islam tersebut mula membuka ruang untuk mendalami agama Kristian. Malah, bagi golongan kaya, kebiasaannya mereka mudah terpengaruh dengan kemajuan yang dicapai oleh negara-negara barat. Oleh sebab itu, mereka muka terpengaruh dan mengikut gaya hidup masyarakat Barat dan menganggap diri ketinggalan sekiranya tidak mengikut trend walau sesuatu perbuatan yang dibuat itu melanggar syariat agama. Akhirnya, mereka semakin renggang dengan pegangan agama kerana mengutamakan pandangan manusia serta keseronokan hidup duniawi sehingga mudah terjerumus untuk keluar dari Islam.

Malah, golongan ini turut mendapat sokongan seperti daripada golongan liberal seperti kumpulan G25 yang memperjuangkan hak asasi Barat dengan mengkritik secara terang-terangan undang-undang murtad dan mengatakan keputusan seseorang Islam untuk keluar agamanya adalah hak individu dengan Tuhannya. Oleh itu, tiada orang yang boleh dipaksa mempercayai Tuhan dan tiada mana-mana orang boleh dipaksa kekal dalam Islam.

Ia juga disokong oleh kumpulan Ateis yang mempromosi hak individu untuk bebas murtad atau tidak mahu berpegang kepada agama adalah terletak kepada pilihan mereka sendiri. Sebagai contoh dalam satu posting ‘Warung Atheist’ ada memuat naik status ‘setuju’ terhadap artikel yang dikongsikan dari Malaysia Kini yang bertajuk “G25: Jika mahu tinggalkan Islam, itu antara dia dan Tuhan”.

Justeru itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, guru dan masyarakat untuk mendidik dan mengawasi keluarga dan diri sendiri supaya berhati-hati dengan dakyah-dakyah yang boleh mempengaruhi akidah sebagai seorang yang beragama Islam. sedarlah dunia sudah berada di akhir zaman, cabaran untuk mempertahankan akidah semakin meningkat, bertahanlah wahai umat Islam dan teruslah berpegang teguh dengan ajaran Islam yang benar, kelak kita semua memperoleh ganjaran di akhirat.

Sumber: Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM, Perlis