Home KRISTIANISASI MERAIH POPULARITI TANPA SEMPADAN PENYUMBANG KEJAYAAN GERAKAN KRISTIANISASI MENJAUHKAN UMAT ISLAM DARI...

MERAIH POPULARITI TANPA SEMPADAN PENYUMBANG KEJAYAAN GERAKAN KRISTIANISASI MENJAUHKAN UMAT ISLAM DARI ALLAH SWT

90
0

Samuel Zwemer, seorang mubaligh Kristian pernah menyatakan di dalam sebuah persidangan Kristian di Quds bahawa tugas mubaligh Kristian di negara-negara Islam yang telah ditaja oleh negara-negara Kristian bukanlah berusaha untuk mengkristiankan umat Islam. Hal ini kerana mereka sedar orang Islam berpendirian teguh pada agama kerana ianya satu petunjuk dan penghormatan pada diri. Namun, tugas terpenting ialah memurtadkan orang Islam dari agama Islam agar menjadi orang yang sama sekali tidak mempunyai hubungan dengan Allah.

Fokus utama gerakan Kristianisasi ini adalah untuk mengeluarkan umat Islam dari agama, tidak perlu untuk menganut agama Kristian, tetapi matlamatnya untuk membentuk suatu generasi yang pemikirannya tidak peduli dengan masalah-masalah berkait agama, suka berseronok-seronok dan malas. Dengan demikian, apabila ia melakukan sesuatu perkara, ianya dilakukan kerana ingin mengejar populariti sahaja, bukannya ingin menegakkan agama dan bangsa.

Zaman kini dengan kewujudan pelbagai medium sosial media dan peningkatan pempengaruh (influencer) yang sebahagian besarnya tidak mementingkan pendidikan, tetapi hanya mengejar populariti dengan membuat pelbagai kandungan (content) yang mengarut asalkan dapat meraih pengikut (follower) dan ‘view’ yang tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa apa yang dirancang dalam persidangan Kristian tersebut terbukti menjadi kenyataan tatkala melihat trend-trend anak muda Islam yang sanggup menggadaikan agama dan maruah demi kepuasan diri dan meraih perhatian di alam maya.

Akibatnya, ramai yang tidak menjaga adab dan hilang rasa malu melakukan sesuatu perkara yang melebihi batas-batas agama sehingga tidak sedar telah menjadi penyumbang kepada kejayaan gerakan Kristianisasi untuk menjauhkan umat Islam dari agama Islam dan tidak mempunyai hubungan dengan Allah SWT. Renung-renungkan.

Sumber: Darulkautsar