Home Syiah SYIAH BUKANLAH SATU ALIRAN MAZHAB!!! KENAPA PERLU BERKOMPROMI DENGAN AJARAN SYIAH JIKA...

SYIAH BUKANLAH SATU ALIRAN MAZHAB!!! KENAPA PERLU BERKOMPROMI DENGAN AJARAN SYIAH JIKA SUDAH JELAS IA BERCANGGAH DENGAN AJARAN AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH?

829
0

Usah pedulikan ‘suara-suara sumbang’ yang menggesa agar kajian semula dilakukan terhadap fatwa-fatwa berkaitan Syiah. Fatwa pengharaman Syiah pada hakikatnya dikeluarkan setelah kajian terperinci dilakukan pakar-pakar agama dan sarjana Islam.

Membenarkan ajaran Syiah terutamanya sebagai pengamalan oleh masyarakat Islam di Malaysia seolah-olah membenarkan ‘pencerobohan’ terhadap sumber-sumber ajaran Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Syiah menyebarkan ajaran mereka dengan merosakkan nama baik para sahabat dengan melabel dan membuat tomahan palsu yang mengatakan para sahabat sebagai pengkhianat, pendusta, perampas dan pelbagai gelaran buruk lagi.

Sekaligus hal ini menyebabkan al-Quran dan hadis-hadis yang dikumpulkan oleh para ulama salaf atau para sahabat yang diklasifikasikan sebagai muktabar, bahkan ada yang telah mendapat jaminan syurga, ditolak mentah-mentah oleh golongan Syiah. Ini sudah menjelaskan betapa sesatnya Syiah yang tidak mengiktiraf al-Quran dan as- Sunnah yang menjadi pegangan golongan Ahli Sunnah Wal- Jamaah.

Fahaman Syiah juga merosakkan sistem sosial masyarakat Islam di negara kita. Sebagai buktinya, sehingga sekarang beberapa kes perkahwinan antara sunni dan syiah yang dilaporkan di jabatan-jabatan agama yang melibatkan perbalahan antara pasangan sunni-syiah tidak boleh diselesaikan menurut prosedur biasa kerana melibatkan soal akidah.

Apabila berlaku penceraian, hak hadanah biasanya akan diberikan kepada isteri. Sekiranya kes tersebut melibatkan pihak isteri yang berfahaman Syiah, pihak berkuasa akan menghadapi keadaan yang buntu. Bayangkan masa depan anak-anak berkenaan yang bakal berhadapan dengan perkara bertentangan dengan ajaran ASWJ.

Maka, tidak hairanlah fatwa dikeluarkan untuk mengharamkan fahaman Syiah dari terus diamalkan di negara ini meskipun suatu ketika dahulu Syiah Imamiah dan Jaafariah dibenarkan untuk diamalkan, memandangkan jika kebenaran tersebut diberikan, ia akan memberi implikasi yang buruk pada akidah umat Islam di negara ini dan boleh menggugat keharmonian negara.

Justeru itu, pihak berkuasa agama mahupun segenap lapis masyarakat perlulah bertungkus-lumus saling berganding bahu untuk menghadapi serangan ideologi Syiah daripada terus tersebar dalam kehidupan sosialisasi di negara ini. Hal ini kerana dibimbangi kesesatan ajaran Syiah ini mampu mempengaruhi akidah bukan sahaja masyarakat Islam dewasa, malah akidah anak-anak juga turut terheret sama disebabkan perbuatan ibu bapa mereka tersebut.

Sumber: Sinar Harian – 11 Oktober 2019