Home KRISTIANISASI BAHAYA GERAKAN KRISTIANISASI!!! MERACUNI PEMIKIRAN MELALUI KONSEP PENDIDIKAN BARAT YANG MEMESONG...

BAHAYA GERAKAN KRISTIANISASI!!! MERACUNI PEMIKIRAN MELALUI KONSEP PENDIDIKAN BARAT YANG MEMESONG DAN MEMURTADKAN UMAT ISLAM

699
0

Kristianisasi merupakan satu gerakan yang bergerak secara tidak langsung serta melibatkan urusan kehidupan seharian umat Islam secara halus atau tanpa disedari. Sistem yang dilaksanakan mengikut al-Quran dan hadis semakin pudar akibat keselesaan atau normalisasi yang dilalui oleh umat Islam dalam zaman moden ini.

Antara strategi yang dilakukan oleh gerakan kristianisasi dalam mengembangkan pengaruhnya khusus kepada umat Islam adalah melalui pendidikan. Sebahagian besar sistem pendidikan dunia telah dipengaruhi oleh sistem pendidikan dari negara Barat. Sukatan pelajaran kebanyakannya dicedok daripada Barat yang berunsurkan sekular kerana menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pendidikan dan pendidikan agama peribumi sebagai mata pelajaran sekunder. Selain itu, penghantaran pelajar ke luar negara atau program pertukaran pelajar menjadi salah satu strategi yang menjadi tumpuan missionari di dalam proses menerapkan fahaman sekular dan Kristian ke dalam sistem pendidikan antrabangsa.

Bidang pendidikan menjadi salah satu medium gerakan kristianisasi untuk menjalankan propagandanya kerana mereka yakin segala pemikiran yang maju adalah datangnya dari tokoh-tokoh yang beragama Kristian. Melalui pendidikan mereka cuba meracuni pemikiran umat Islam mengenai kehebatan tokoh-tokoh Kristian yang menjadi sarjana dan menggungguli setiap bidang pendidikan. Pada masa yang sama, mereka cuba mempengaruhi pemikiran umat Islam terutamanya golongan muda bahawa agama Islam penuh dengan masalah, dibatasi syariat yang menyebabkan penganutnya terkongkong dan tidak maju, malah Islam adalah agama yang menghalang kemajuan dan perkembangan tekonologi terkini. Racun yang ditabur kepada umat Islam ini menyebabkan umat Islam semakin jauh dari pegangan akidah Islam yang benar, semakin mengejar cita-cita dunia, sehingga mudah terpengaruh dengan dakyah Kristian yang dilihat lebih baik daripada Islam dan sesuai dengan peredaran zaman.

Sebaliknya umat Islam harus sedar bahawa sebelum munculnya zaman ‘renaissance’, masyarakat Barat telah melalui zaman gelap yang mana mereka boleh dikatakan mundur dalam segala perkara termasuklah dalam segala aspek seperti pendidikan, ekonomi, peradaban dan sebagainya.

Namun, pada ketika itu telah lahirnya ilmuan-ilmuan Islam seperti Ibnu Khaldun (pakar sejarah/sosiologi), Ibnu Sina (Pakar perubatan/falsafah), al-Khwarizmi (Pakar Matematik/astronomi/geografi), al-Biruni (Pakar astronomi/sains/matematik), al-Ghazali (Pakar falsafah/pemikir), al-Farabi (pakar biografi) dan sebagainya. Ilmu-ilmu para ilmuan Islam inilah yang sebenarnya menjadi perintis dalam segala bidang yang disebutkan dan kemudiannya dicedok oleh Barat sehingga mendakwa kononnya ilmuan Barat lah yang ‘mencipta’ sesuatu ilmu itu. Jika anda tidak percaya, google lah, lihat semula sejarah-sejarah setiap bidang yang tercipta, siapakah peristis siapakah pencedok?

Sumber: Hijjaz Record Publishing -2009