Bahaya Syiah kepada akidah Islam tidak dapat dinafikan kerana ajaran Syiah memang menyesatkan dan menjadi perosak akidah umat Islam yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Kita juga tidak dapat menafikan bahawa Syiah adalah pergerakan batiniah dan merupakan pelopor kepada kemunculan puak-puak ajaran sesat dan kumpulan-kumpulan batiniah yang lain.
Penyelewengan ajaran Syiah yang menjadi perosak akidah umat Islam adalah diringkaskan seperti berikut:
a. Menyatakan Khalifah diwasiatkan secara Nas;
b. Menyatakan Jibrail tersilap mewahyukan kerasulan kepada Nabi Muhammad SAW yang
sepatutnya kepada Saidina Ali;
c. Meyakini bahawa Imam 12 adalah maksum;
d. Mengatakan ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada
Manusia;
e. Mempercayai kemunculan Imam Mahdi bersama orang telah mati untuk memberi keadilan;
f. Berpura-pura iaitu menyatakan dengan lisan yang menyalahi hati kerana takut kemudaratan diri walaupun yang disembunyikan itu perkara benar (Taqiyyah);
g. Menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan melebihi Nabi Muhammad SAW;
h. Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah SAW
i. Menuduh Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikut mereka adalah musuh Allah;
j. Hanya Saidina Ali dan para Imam Syiah sahaja yang menghafal dan menghimpun al-Quran dengan sempurna;
k. Menghalalkan pernikahan muta’ah (perkahwinan kontrak);
l. Menambah nama Saidina Ali dalam ungkapan dua kalimah syahadah;
m. Menolak hadis yang diriwayatkan oleh ASWJ sekalipun hadis mutawatir; dan
n. Mengubah ayat-ayat al-Quran mengikut tafsiran Syiah.
Secara jelasnya akidah Syiah adalah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Oleh itu, berwaspadalah dengan penyebaran dakyah syiah, berpegang teguhlah dengan ajaran Islam yang sebenar mengikut manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pembanterasan terhadap fahaman Syiah ini juga adalah perlu bagi mengelak berlakunya konflik antara Sunni dan Syiah yang mampu mencetuskan keganasan dan ancaman keharmonian dalam negara.
Sumber: Sumber: ‘Diskusi Isu Akidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia’, JAKIM, 2013.