Home KRISTIANISASI KENAPA MASIH ADA YANG BELUM SEDAR GERAKAN KRISTIANISASI SEMAKIN MENGGANAS MEMURTADKAN UMAT...

KENAPA MASIH ADA YANG BELUM SEDAR GERAKAN KRISTIANISASI SEMAKIN MENGGANAS MEMURTADKAN UMAT ISLAM?

286
0

Apakah ada kebenarannya apabila sesetengah pihak masih menafikan bahawa terdapat usaha pemurtadan secara aktif oleh para mubaligh Kristian di Malaysia? Bukannya hendak membuat auta yang melulu, namun biarlah masyarakat Islam mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa dahulu supaya lebih bersiap siaga dalam menghadapi ancaman akidah dari musuh-musuh Islam.

Apabila diimbas kembali peristiwa pemeriksaan JAIS terhadap Dream Centre DUMC, iaitu sebuah dewan di bawah pertubuhan Kristian yang mereka namakan sebagai Damansara Utama Methodist Church, mereka didapati telah menganjurkan majlis berbuka puasa kepada orang Melayu Islam. Hal ini secara jelasnya menunjukkan bahawa sememangnya terdapat usaha-usaha pemurtadan yang berlaku melalui program dan aktiviti yang diselindungi di bawah aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosial sehingga mendapat perhatian para pendakyah Kristian seluruh dunia.

Hal ini belum lagi diambikira jumlah orang Melayu Islam yang merahsiakan anutan baru mereka dan sanggup berpura-pura seolah-olah beragama Islam. Sehinggakan di dalam satu kajian temubual yang dilakukan di sebuah universiti di Amerika Syarikat yang cuba untuk mengenalpasti sosio-keagamaan dan kehidupan orang Melayu Kristian di negara ini, didapati bahawa jumlah Melayu Islam telah murtad ke agama Kristian melebihi angka puluhan ribu.

Justeru itu, bukti apa lagi yang diperlukan untuk menunjukkan bahawa gerakan Kristian kini semakin menjadi-jadi dan cuba ‘menawan’ orang Melayu Islam untuk murtad masuk agama mereka sama ada secara terang-terangan mahupun sembunyi? Sedarlah bahawa musuh-musuh Islam tidak pernah kenal erti penat dan jemu untuk mempengaruhi orang-orang Islam. Oleh itu, kukuhkanlah akidah dan bersatu padulah umat Islam dalam menghadapi musuh-musuh Islam dan membendung gejala murtad dari terus berlaku.

Sumber: akarimor.wordpress.com