Home Kemanusiaan/Motivasi JAGALAH ALLAH SWT DENGAN MELAKUKAN KETAATAN DAN MEMELIHARA AMAL IBADAH NESCAYA...

JAGALAH ALLAH SWT DENGAN MELAKUKAN KETAATAN DAN MEMELIHARA AMAL IBADAH NESCAYA ALLAH SWT AKAN MENJAGA KITA

701
0

Ada hal yang sering menjadi kelalaian kepada seorang Muslim, iaitu memelihara ibadah. Sering kali kita terleka untuk memelihara ibadah kita sehinggakan kita lupa bahawa segalanya akan dihitung di akhirat kelak oleh Allah SWT. Firman Allah SWT:

Benar-benar sangat beruntung orang-orang yang membersihkan diri dengan beriman dan sentiasa berzikir menyebut nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang.” (QS Al-A’la: 14 &15).

Sebagai seorang Muslim yang mentaati perintah Allah SWT, kita hendaklah menjaga ibadah kita dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh ganjaran dan balasan yang baik dari Allah SWT. Kita mahukan balasan yang baik daripada Allah SWT, akan tetapi mengapa kita tidak mahu memelihara ibadah kita? Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

“Jagalah Allah nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah nescaya kau akan dapati Dia di hadapanmu.” (HR At -Tirmidzi).

Semasa kita beribadah, sudah pasti ibadah itu adalah untuk kita. Itu adalah kewajipan kita sebagai hambaNya, ini maksudnya dengan menjaga Allah. Ketika kita bersyukur atas nikmat yang dikurniakanNya, Allah pasti akan menambahkan nikmatNya kepada kita. 

Oleh itu, peliharalah ibadah kita jika kita mahu Allah SWT “memelihara” kita di dunia dan akhirat. Sekiranya kita tersasar, kembalilah semula ke jalan yang diredhai Allah SWT. Ini kerana Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya. Allah SWT berfirman:

“Dan mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengasihani, lagi Maha Pengasih” (QS Hud: 90).

Jagalah diri, jagalah hati, untuk menggapai penjagaan Allah SWT dari kebinasaan dan kemungkaran. Jauhkan diri, jauhkan hati dari hal yang dapat merosakkan amalan-amalan yang telah kita tanam. Biasakan diri, biasakan hati untuk membuat kebaikan. Segeralah bertaubat tatkala hati semakin pekat, bersimpuh diri tatkala dosa memenuhi jiwa suci. 

Sumber: Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM).