Home Hizbut Tahrir KELICIKAN HIZBUT TAHRIR!!! MENGEKSPLOITASI ISU-ISU SEMASA UNTUK MENARIK ANAK MUDA...

KELICIKAN HIZBUT TAHRIR!!! MENGEKSPLOITASI ISU-ISU SEMASA UNTUK MENARIK ANAK MUDA AGAR MENYOKONG PERJUANGAN ‘KHILAFAH ISLAMIYAH’ MEREKA JANGAN TERPENGARUH DENGANNYA!!!

112
0

Tujuan penubuhan Hizbut Tahrir adalah menginginkan tertegaknya pemerintahan Islam atau Khilafah Islamiyah dengan cara dakwah dan jihad. Namun, perlu diingatkan bahawa matlamat tidak menghalalkan cara.

Sekiranya diteliti dan dikaji dengan lebih mendalam, terdapat ‘pull and push factors’ yang mendorong kenapa idea-idea yang dibawa Hizbut Tahrir boleh mempengaruhi setiap lapisan masyarakat.

Kemampuan Hizbut Tahrir dalam mengemas ideologi-ideologi berkenaan Khilafah Islamiyah dengan argumentasi yang baik (pull factors) iaitu gabungan antara cara berfikir normatif dan doktrin yang disemaikan oleh mereka kepada masyarakat. Hizbut Tahrir dalam mempengaruhi masyarakat cuba mengenengahkan isu-isu semasa yang dikaitkan dengan Islam dan mengajak masyarakat berpaling daripada sistem yang ada kepada sistem Islam yang benar mengikut pandangan mereka. Malah mereka cuba memberi justifikasi bahawa apa yang berlaku di dunia hari ini adalah disebabkan umat Islam menolak sistem Islam dan Khilafah Islam yang akan membawa kemakmuran kepada seluruh kehidupan di dunia ini.

Ketidakstabilan politik atau perhubungan antarabangsa serta ketidakadilan ekonomi yang melanda negara-negara yang mempunyai penduduk Muslim mampu meraih rasa simpati terhadap gagasan Khilafah Islamiyah yang diperjuangkan oleh mereka itu.

Peradaban Islam yang menjadi mundur disebabkan oleh penjajahan yang dilakukan oleh Barat telah menjadi faktor kepada kemunculan banyak gerakan Islam untuk menyelamatkan Islam termasuklah Hizbut Tahrir yang memodifikasikan hukum Islam yang sebenar dengan membentuk negara-negara Islam yang kecil dan akhirnya mengarahkan kepada bersatunya di bawah komando kekhilafan internasional.

Modifikasi yang dibuat oleh Hizbut Tahrir disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya ialah berkenaan dengan pemilihan strategi iaitu Hizbut Tahrir yang ingin memulakan perubahan melalui peringkat yang kecil terlebih dahulu. Hal ini bermaksud mereka akan merekrut atau mendoktrinkan ideologi kepada rakyat terlebih dahulu secara perlahan-lahan dan kemudiannya apabila sudah mempunyai kekuatan, mereka akan menggulingkan kerajaan dan pemerintahan yang sedia ada dan bergabung dengan kumpulan Hizbut Tahrir di negara lain untuk membentuk Khilafah Islamiyah dibawah satu ketua.

Oleh sebab itu, usaha-usaha seperti yang ditunjukkan oleh pasukan keselamatan negara berkenaan ingin menghapuskan Hizbut Tahrir Malaysia adalah perlu disokong dan diberikan kerjasama sepenuhnya oleh semua pihak. Pemantauan yang berterusan perlu dilakukan di seluruh Malaysia kerana ia boleh menjadi pencetus kepada ketidaktenteraman awam dan mengancam keselamatan negara.

Sumber: Journal of Islam and Plurality, Vo. 4(1), 2019.