Home Liberalisme PENGASAS ISLAM LIBERAL MENCIDUK IDEA KRISTIAN PROTESTAN UNTUK MENTAFSIR SEMULA AGAMA!!! BUKTI...

PENGASAS ISLAM LIBERAL MENCIDUK IDEA KRISTIAN PROTESTAN UNTUK MENTAFSIR SEMULA AGAMA!!! BUKTI JELAS KESESATAN FAHAMAN ISLAM LIBERAL DAN KENAPA IA PERLU DITOLAK

880
0

Asaf Ali Ashgar Fyzee merupakan Muslim pertama yang mencadangkan nama Islam liberal. Berdasarkan paradigma Fyzee, keinginannya adalah untuk merangka sejarah baru perkembangan Islam mengikut acuan sejarah keagamaan Kristian dan Barat. Beliau ingin melihat suatu mazhab baru dalam Islam yang seolah-olah menyerupai Gereja Protestan dalam agama Kristian yang dinamakan sebagai Protestan Islam atau liberal Islam.

Intipati paradigma Fyzee juga dilihat untuk menyesuaikan Islam dengan modenisme di samping membuang unsur yang tidak proaktif ke arah penyesuaian tersebut. Bukankah pemikiran lslam liberal ini selari atau imitasi daripada sejarah keagamaan Kristian Barat? Aliran Kristian Protestan muncul bersama Revolusi Keagamaan sebagai suatu protes terhadap aliran Katolik yang ortodoks.

Hasilnya, revolusi Protestan ini telah melahirkan pelbagai aliran pemikiran modernisme dan liberalisme agama dengan tafsiran keagamaan yang lebih terbuka. Hal ini berlaku kerana metodologi revolusi tersebut yang menolak autoriti keagamaan yang sedia ada, lalu membuka ruang tafsiran kepada semua pihak. Maka, lahirlah kelompok individu yang tidak berautoriti untuk turut serta dalam mengemukakan tafsiran-tafsiran alternatif terhadap doktri-doktrin agama yang dianggap selari dengan kemodenan dan peredaran zaman.

Inilah yang cuba diaplikasikan oleh golongan Islam liberal yang mana mereka melihat sejarah Kristian Protestan berbeza dengan fahaman lain seperti ateis, komunis, dan lain-lain yang terus menolak agama. Sebaliknya, idea teologi liberal menganjurkan agar sistem ajaran Kristian seluruhnya distrukturkan semula agar selaras dengan penolakan cerita-cerita mukjizat.

Contohnya, ajaran Kristian klasik mempercayai kemukjizatan roti dan arak yang digunakan dalam upacara ibadat sebagai tubuh dan darah Jesus yang telah mengorbankan dirinya di tiang salib untuk menebus dosa warisan manusia. Namun, kepercayaan ini terpaksa ditolak kerana rasional moden sukar menerimanya. Justeru, roti dan arak tadi perlu ditakwilkan sebagai sekurangkurang perlambangan bagi tubuh dan darah Jesus, bukan perserupaan atau penjelmaan yang terjadi kerana mukjizat.

Berdasarkan perkara yang telah dinyatakan di atas, jelas menunjukkan bahawa asal-usul fahaman Islam liberal ini adalah melalui sumber yang salah di sisi Islam. Al-Quran dan hadis seharusnya menjadi rujukan utama umat Islam, mengapa menciduk idea Kristian Protestan kononnya demi kemajuan dan lebih diterima akal? Kadangkala sesuatu mukjizat atau perkara-perkara ghaib yang dikurniakan itu untuk memberi ‘ibrah’ (pengajaran) kepada manusia, namun mengapa sukar untuk percaya kebenaran Islam? tepuk dada tanya iman.

Sumber: Jurnal Usuluddin, 2014, Vol. 40 dan Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia