Home MURTAD AWAS DENGAN STRATEGI JAHAT PUAK EVANGELIS KRISTIAN MENUNTUT PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH!!! PENDEDAHAN...

AWAS DENGAN STRATEGI JAHAT PUAK EVANGELIS KRISTIAN MENUNTUT PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH!!! PENDEDAHAN MAJALAH ‘CHRISTIANITY TODAY’ SEBAGAI BUKTI JELAS MEREKA MAHU MEMURTADKAN UMAT ISLAM

512
0

Majalah Christianity Today telah mendedahkan kisah sepasang suami isteri Islam yang telah ditipu oleh seorang paderi dan berjaya dimurtadkan serta percaya bahawa Tuhan dalam agama Kristian juga bernama Allah. Lantaran itu, pasangan tersebut terus menggunakan kalimah-kalimah yang menggunakan nama suci Allah seperti ucapan Alhamdulillah, InsyaAllah dan sebagainya kerana ‘kebenaran’ paderi tersebut.

Beberapa tahun kemudian, pasangan tersebut bertemu kembali dengan paderi itu dan saling bertanya khabar. Apabila paderi tersebut bertanya khabar, pasangan tersebut menjawab: “Alhamdulillah”. Jawapan tersebut telah mendatangkan kemarahan kepada paderi tersebut lantas berkata “tidak saudara, tidak lagi Alhamdulillah, Tuhan awak telah bertukar dari Allah ke Jesus, awak perlu menyatakan kesyukuran awak kepada Tuhan sebagai seorang Kristian”.

Berdasarkan kisah tersebut, sudah jelas lagi terang membuktikan bahawa penggunaan istilah Allah yang dirujuk sebagai Tuhan dalam agama Kristian sebenarnya hanyalah untuk memperdayakan umat Islam. Sebab itu juga di Malaysia kini dilihat puak-puak evangelis Kristian ini beriya-iya membuat tuntutan di Mahkamah supaya membenarkan mereka untuk menggunakan istilah ‘Allah’.

Sedangkan dalam majalah ini turut mendedahkan bahawa sebenarnya mereka amat membenci dengan nama ‘Allah’ itu. Paderi tersebut melarang kerana menyatakan bahawa Allah itu adalah jahat, syaitan, batu hitam (Kaabah), berhala dan sebagainya. Persoalannya, sekiranya menyatakan benci, jadi mengapa puak evangelis Kristian bersungguh-sungguh menuntut penggunaan kalimah ‘Allah’ tersebut?

Ambillah iktibar daripada kisah di atas sebagai bukti jelas penggunaan istilah ‘Allah’ itu hanyalah untuk memperdayakan umat Islam. Kita juga dapat melihat bahawa strategi halus dan mengelirukan yang digunakan oleh puak evangelis Kristian ini telah digunakan diseluruh dunia termasuklah Malaysia. Oleh itu, dengan pendedahan ini diharapkan seluruh umat Islam mengambil cakna atas isu sensitif ini dan terus berpegang teguh dengan akidah yang benar bagi mengelakkan diri dari terpengaruh dengan anasir-anasir evangelisme.

Sumber: akarimomar.wordpress.com dan Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia