Umum mengetahui apa yang terjadi di dalam negara pada ketika ini, bila mana ada sebahagian umat Islam dengan senang hatinya sanggup menjadi ‘kambing hitam’ kepada sebuah ejen perisikan pengganas z!0ni$ atau lebih dikenali dengan panggilan Mossad hanya kerana nilai RM120k. Inikah nilai Islam di dalam diri?! Sanggup menggadaikan maruah sebagai seorang Muslim hanya kerana wang Ringgit! Nazubillahiminzalik. Bukankah agama Islam sudah melarang para umatnya untuk bekerjasama dengan musuh² Allah SWT?
Memang Islam tidak mengajar kita mencari musuh, tetapi Allah SWT memberitahu kita ujian-ujian yang bakal dihadapi umat Islam melalui ayat – ayatNya dalam al-Quran bahkan Nabi SAW melalui hadis-hadisnya juga mendedahkan siapa musuh umat Islam itu. Antara musuh utama para umat Islam yang nyata adalah kaum Yahudi, Nasrani dan orang-orang kafir. Allah SWT menjelaskan sikap kafir terutamanya Yahudi dan Nasrani bahawa mereka tidak akan senang dan menyukai orang Islam selagi mana orang Islam itu tidak menjadi pengikut mereka dan hidup dengan cara hidup mereka. Firman Allah SWT:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).” (QS al – Baqarah: 120).
Justeru, kejayaan musuh-musuh Islam ini bukan kerana kehebatan konspirasi mereka tetapi kerana kelemahan diri umat Islam itu sendiri. Ini sebagaimana peringatan Rasulullah SAW bahawa pada akhir zaman ini munculnya pelbagai fitnah termasuk konspirasi daripada musuh Islam. Jadi, inilah penyebab mengapa umat Islam pada hari ini sering sahaja kalah dengan hasutan musuh Islam. Hanya kerana godaan dunia yang tidak mampu ditolak, agama sanggup digadaikan dan bekerja sebagai ‘hamba abdi’ kepada musuh Islam. Akibatnya, ramai yang menjadi munafik.
Jadilah Muslim yang sejati. Jangan kerana ketamakan diri maka agama Islam sanggup digadaikan demi harga yang tidak seberapa. Ingatlah, dunia ini hanya sementara akhirat tempat kita selama-lamanya. Kita akan dihimpunkan untuk dihitung amalan di hadapan Allah SWT. Justeru, apa sumbangan kita kepada agama melainkan sebuah pengkhianatan? Takutlah kepada amaran Allah SWT menerusi surah al – Mumtahanah, ayat 1 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu..”
“(Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.”
Sumber: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)