Home Liberalisme KEMUNCULAN ISLAM LIBERAL MENGGAMBARKAN BAHAWA STRATEGI MUSUH ISLAM UNTUK MEMECAH-BELAHKAN UMAT ISLAM...

KEMUNCULAN ISLAM LIBERAL MENGGAMBARKAN BAHAWA STRATEGI MUSUH ISLAM UNTUK MEMECAH-BELAHKAN UMAT ISLAM BERJAYA

634
0

Buku ‘Civil Democratic Islam: Partners, Resources, and Strategies’ yang dikeluarkan oleh kerajaan Amerika menyatakan bahawa untuk menghadapi umat Islam maka mereka perlu memecah belahkan umat Islam dengan memberi sokongan kepada golongan Islam fundamentalis yang bakal melahirkan Islam radikal (pengganas) dan golongan yang mempunyai fahaman-fahaman kononnya yang dianggap mengikut peredaran zaman sepereti Islam liberal dan sebagainya .

Dengan pembahagian umat Islam tersebut, maka gambaran majoriti umat Islam sebenar mengikut manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) tidak dapat dilihat dengan jelas. Gerakan-gerakan pemikiran modernisasi Islam mula menguasai kebanyakan pemikiran umat Islam sehingga berlakunya permusuhan dan perpecahan.

Hal ini menunjukkan strategi yang diaturkan oleh pihak Amerika secara halus nampaknya berjaya apabila hasil kajian menunjukkan peningkatan golongan Islam liberal semakin meningkat saban tahun. Tidak perlu lihat sehingga ke negara luar, lihat sahaja negara Malaysia sendiri.

Contohnya pada musim-musim PRU-15 ini, dapat dilihat terlalu banyak parti-parti Melayu-Islam berpecah demi menegakkan kepentingan masing-masing sehingga mencaci-maki pihak lawan, sanggup memakan rasuah dan pelbagai taktik kotor digunakan, asalkan dapat meraih undi masyarakat. Apa yang mereka tidak sedar sebenarnya pada ketika inilah pihak musuh-musuh Islam menunggu peluang untuk ‘mencucuk jarum’ dan mengambil kesempatan ini untuk menakluk negara.

Apabila negara sudah ditakluk oleh musuh Islam termasuklah golongan berfahaman Islam fundamentalis, sudah tentu corak pemerintahan tidak berlandaskan Islam dan lebih terbuka untuk menegakkan pemerintahan yang sekular, membenarkan pelaksanaan hak-hak kemanusiaan dan sebagainya sepertimana yang menjadi pegangan ideologi liberalisme.

Justeru itu, bersatupadulah umat Islam dalam mempertahankan akidah Islam yang benar sepertimana pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Janganlah berpecah belah kerana politik, agama dan bangsa digadaikan. Renung-renungkan.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia dan Buku Cabaran Akidah: Pemikiran Islam Liberal –Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan