Home Syiah JANGAN TERTIPU DENGAN KEJAYAAN REVOLUSI IRAN!!! PUAK SYIAH SENTIASA MEMBERI FAKTA MENGELIRUKAN...

JANGAN TERTIPU DENGAN KEJAYAAN REVOLUSI IRAN!!! PUAK SYIAH SENTIASA MEMBERI FAKTA MENGELIRUKAN BAGI MEMANIPULASIKAN PEGANGAN AKIDAH UMAT ISLAM YANG BERPEGANG PADA AJARAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

719
0

Kejayaan Revolusi Iran bukanlah kejayaan Islam, sebaliknya ianya adalah kejayaan kelompok Syiah. Syiah jauh bezanya dengan Islam dan salah satu musuh Syiah ialah orang-orang Ahli Sunnah Wal Jamaah. Oleh sebab itu, Syiah tidak pernah dianggap sebagai salah satu mazhab dalam Islam.

Bagi golongan yang mengikuti sejarah berkenaan kewujudan kelompok Syiah, sudah pasti merasakan kejayaan Revolusi Iran ini sebagai satu tamparan pada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Revolusi itu kecil sahaja ertinya pada Islam jika hendak dibandingkan dengan besarnya kesilapan Syiah pada Islam.

Namun, sangat aneh ketika berita kejayaan Syiah yang diketuai oleh ‘Imam’ besar Syiah iaitu Khomeini, sesetengah golongan Islam di Malaysia melompat gembira. Semenjak itu, para pemimpin di Malaysia turut menjadikan Iran sebagai model sebuah negara Islamyang perlu dicontohi sedangkan secara jelasnya Syiah amat terpesong dari ajaran Islam yang sebenar yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Hasilnya, segolongan pejuang-pejuang muda Islam, sebahagian pensyarah, mahasiswa-mahasiswi di Institut Pengajian Tinggi mula menjadi penganut Syiah sehingga tertubuhnya markas-markas Syiah di seluruh negeri Malaysia. Fenomena menghantar anak-anak menyambung pelajaran ke Iran juga pada suatu ketika dahulu kononnya untuk mendalami ilmu agama dilihat semakin meningkat, sedangkan mereka tidak tahu apa disebalik agenda Syiah itu.

Kemuncaknya, dalam sejarah terdapat pemimpin di Malaysia yang menerajui barisan kepimpinan kerajaan bergelumang dengan ajaran Syiah sehingga membawa masuk imam-imam Syiah untuk memberikan ceramah di Malaysia tanpa batas. Oleh sebab itu, sejarah amat penting untuk dipelajari supaya tidak sembarangan untuk diikuti lebih-lebih lagi berkaitan dengan agama atau pegangan akidah.

Sumber: Buku Bahaya Syiah –Shaoutul Arqam