Home Liberalisme BAHAYA JIKA PEMIMPIN BERFAHAMAN LIBERAL DIANGKAT MASYARAKAT

BAHAYA JIKA PEMIMPIN BERFAHAMAN LIBERAL DIANGKAT MASYARAKAT

605
0

Sejarah memperlihatkan bahawa kewujudan pemahaman liberal telah membuka ruang dan peluang kepada mana-mana golongan dari peringkat pemimpin, golongan professional sehingga ke lapisan masyarakat kebebasan untuk bersuara dan kebebasan untuk bertindak apa sahaja atas prinsip hak kemanusiaan.

Hak-hak tersebut secara zahirnya adalah tidak salah malah Islam sendiri mengajar untuk bertolak- ansur sesama manusia dan setiap manusia mempunyai hak masing-masing. Namun, perlu diingat bahawa agama menjadi satu agen yang mengikat tingkahlaku manusia. Tujuannya untuk menyeimbangi kehidupan dunia dan akhirat.

Jika dahulu Azan bebas berkumandang tatkala masuknya waktu solat, hukum syariah tiada siapa yang berani membantah, pandangan para mufti dihormati, namun apabila wujudnya dan berkembangnya golongan liberal di Malaysia, ianya mula menjadi pertikaian. Apa yang menyedihkan ianya datang dari golongan yang bertopengkan Islam disebalik topeng liberalismenya.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia