Home MURTAD TUTURKATA DAN TINDAKAN PERLU DIJAGA SUPAYA TIDAK TERJATUH KE LEMBAH KEMURTADAN

TUTURKATA DAN TINDAKAN PERLU DIJAGA SUPAYA TIDAK TERJATUH KE LEMBAH KEMURTADAN

32
0

Sepanjang kempen Pilihanraya Umum ke-15 berlangsung sehinggalah ke perlantikan Perdana Menteri dan barisan kabinet, rakyat Malaysia dilihat sangat lantang mempermainkan isu agama khususnya walaupun dalam kalangan umat Islam sendiri.

Ada yang menyatakan jika pemimpin dalam parti politik berkenaan menjadi pemerintah sudah tentu semua perkara mengikut al-Quran. Al-Quran yang dikatakan mengongkong kehidupan dan sangat ‘limited’ akan menyusahkan rakyat. Tuturkata seperti ini boleh dianggap sebagai melampau batas.

Tidak salah untuk mengkritik sesuatu, tidak salah untuk anda menyokong mana-mana parti pilihan, namun jangan sampai membatasi syariat agama. Dikhuatiri tatacara dan perbuatan yang tanpa sedar mahupun sedar itu boleh menyebabkan jatuh ke lembah kemurtadan.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia- 2022