Home Syiah JANGAN TERPEDAYA DENGAN SLOGAN ‘TIADA SYIAH, TIADA SUNNI TETAPI JUMHUR ISLAMIAH’

JANGAN TERPEDAYA DENGAN SLOGAN ‘TIADA SYIAH, TIADA SUNNI TETAPI JUMHUR ISLAMIAH’

105
0

Masyarakat Islam kelihatan masih ada yang keliru berkenaan dengan ajaran Syiah. Perlu difahami bahawa ajaran ini bukanlah suatu ajaran Islam apatah lagi dikatakan sebagai salah satu mazhab dalam Islam. Ternyata ajaran ini amat terpesong dari akidah dan syariat Islam antaranya disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

  1. Sujud di atas seketul batu sebagai simbolik manusia tercipta dari tanah;
  2. Apabila selesai tahiyyat akhir, kedua-dua peha ditepuk sedangkan dalam ASWJ pergerakan lebih tiga kali adalah batal;
  3. Azan ditambah dengan kalimah yang memuja Saidina Ali ra;
  4. Wudhu’ tidak perlu membasuh kaki;
  5. Waktu sembahyang Jumaat, ada seorang tukang seru berdiri di hadapan imam. Tugasnya apabila imam rukuk, tukang seru pun akan berteriak rukuk dan seterusnya;
  6. Menziarahi tanah perkuburan setiap pagi jumaat sambil memukul badan ke maqam ahli bait, meratap dan menangis kuat.

Begitulah antara sebahagian amalan golongan Syiah yang secara jelasnya bertentangan dengan prinsip yang dipegang Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Golongan Syiah selalu menggembar-gemburkan slogan “Tiada Syiah, tiada Sunni, tapi Jumhuriah Islamiah”. Tujuannya adalah untuk memanipulasikan pemikiran masyarakat Islam ASWJ supaya turut mengamalkan pemahaman Syiah yang kononnya tidak salah sedangkan Syiah sendiri memusuhi ASWJ dan menghalalkan darah ASWJ untuk dibunuhi. Renungkan.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – 2022 dan Buku Bahaya Syiah – Shoutul Arqam