Bangsa Melayu sinonimnya adalah beragama Islam dan ianya selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Pegangan terhadap syariat Islam adalah perlu bagi keteguhan jati diri seterusnya membentuk ketamadunan yang berwibawa.
Namun sayang sekali, anasir negatif dari Barat seperti fahaman liberal sering kali diterima pakai sewenangnya dan diaplikasikan dalam agama Islam kononnya lebih terkini dan meyakinkan termasuklah dalam aspek pentadbiran. Sebagai contoh dalam laman Facebook Encik Murtad menyatakan bahawa “Semoga ramai Melayu liberal dan Melayu sekular mula berjinak-jinak dalam politik, semoga kita da pemimpin”.
Sekiranya perkara seperti ini berterusan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti bukan sehaja Melayu hilang di dunia, malah terhakisnya pegangan terhadap syariat Islam juga akan berlaku. Jika syariat sudah tidak menjadi landasan utama, sudah tentu robohlah ketamadunan Melayu-Islam.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – 2022