Home Kemanusiaan/Motivasi TAHUN BARU 2023 PERBAIKI AZAM UNTUK MENJADI MUSLIM YANG LEBIH BAIK DARI...

TAHUN BARU 2023 PERBAIKI AZAM UNTUK MENJADI MUSLIM YANG LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA

948
0

Setiap tahun pasti ada di antara kita yang memasang azam baru setiap kali tahun baru menjelma. Apakah kita sudah melaksanakan atau mencapai sesuatu yang diidamkan pada tahun 2022? Bagaimana pula dengan azam kita sebagai seorang Muslim untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya, sudah tercapai atau belum? Jika belum, maka berazamlah untuk menjadi Muslim yang lebih baik dengan memperbaiki diri ke arah Muslim yang baik walaupun sudah tiga hari kita telah memasuki ke tahun 2023.

Hal ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

Sebenarnya tidak susah untuk menjadi Muslim yang baik. Namun, kadang kala dek kesilapan cara menyebabkan kita merasakan bahawa ia merupakan sesuatu yang begitu sukar. Perubahan diri menjadi seorang Muslim yang baik bukanlah satu perubahan yang drastik. Ia memerlukan kepada proses yang memerlukan masa. Mulakan dari bawah dan baiki semula cara amalan agama kita. Mula belajar dari asas tentang semua ilmu agama, carilah guru-guru yang bertauliah dan dalamilah ilmu agama ini dengan bersungguh-sungguh. Sabda Rasulullah SAW:

“Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Amalan yang paling disukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim).

Mulai dari sekarang, marilah kita sama-sama berazam untuk memperbaiki diri ke arah untuk menjadi Muslim yang lebih baik. Tinggalkan segala perkara yang tidak bermanfaat dan lakukan kebaikan agar diri lebih diberkati dan diredhai oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:

“Di antara (tanda) kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya.” (HR at- Tirmizi).

Sumber: Berita Harian (13 Disember 2022)