Home Kemanusiaan/Motivasi ISU LAGU ‘GAM KIY ELEKH’ DI PLATFORM MEDIA SOSIAL – UMAT ISLAM...

ISU LAGU ‘GAM KIY ELEKH’ DI PLATFORM MEDIA SOSIAL – UMAT ISLAM DITEGAH UNTUK MENGGUNAKANNYA KERANA MENGANDUNGI UNSUR PEMUJAAN KAUM YAHUDI

345
0

Semenjak kebelakangan ini, banyak sekali video-video di aplikasi TikTok dan juga Instagram menggunakan latar belakang muzik lagu berjudul ‘gam kiy elekh’ yang telah di ‘remix’ kan. Tidak hanya itu, ada di kalangan umat Islam yang menggunakan runut muzik tersebut sebagai muzik latar belakang untuk video sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Tahukah kita bahawa runut muzik tersebut merupakan sebuah lagu pemujaan bagi kaum Yahudi?

Antara bait-bait lagu tersebut berbunyi:

Gam – Gam Kiy Elekh

(Terlepas dari semua itu, aku akan berjalan)

Be Be Gey Tzalmalvet

(Dalam bayang – bayang kematian)

Lo lo lo Eira Ra

(Aku takkan gentar)

Ki Ata Imadi

(Karena Kau Bersamaku)

Lihat bait – bait lagu berkenaan, ia seakan memuja kepada sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Sudah banyak video kesedaran mengenai maksud lagu tersebut yang dimuatnaik oleh sebahagian orang berpengaruh (influencer), namun tetap juga ada yang tidak mengendahkannya. Perlu diketahui, Islam merupakan sebuah agama pertengahan yang amat menekankan aspek spiritualiti dan pembangunan rohani, tapi pada masa sama turut membenarkan penganutnya berhibur dan berseronok, selagi mana ia tidak melampaui batas-batas syarak. Firman Allah SWT:

“Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.” (QS Luqman: 6).

Ingatlah wahai umat Islam, kaum Yahudi dan Nasrani sehingga kini tidak akan berputus asa untuk menyesatkan kita sehingga kita mahu mengikut kemahuan mereka. Berhati – hatilah dalam menggunakan sesuatu muzik sebagai muzik latar belakang sebuah video. Ia mungkin akan membuatkan kita tersesat dan aqidah kita terpesong, dan ini yang dimahukan oleh musuh – musuh Islam. Allah SWT berfirman:

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka…” (QS Al – Baqarah: 120).

Jaga hati dan iman kita agar tetap terus berada di jalan Allah SWT yang lurus. Buat kajian mengenai maksud sesebuah lagu dan jangan sesekali menggunakannya secara semberono.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan