Home MURTAD ADAKAH INDIVIDU YANG SUDAH HILANG TARIKAN TERHADAP ISLAM BOLEH DIPULIHKAN?

ADAKAH INDIVIDU YANG SUDAH HILANG TARIKAN TERHADAP ISLAM BOLEH DIPULIHKAN?

79
0

Umum mengetahui keluar Islam atau murtad merupakan suatu kesalahan di Malaysia. Namun ianya tertakluk di bawah peruntukan negeri masing-masing dalam menentukan setiap hukuman. 14 buah negeri di Malaysia, negeri-negeri yang memperuntukkan murtad sebagai suatu kesalahan jenayah syariah hanyalah 5 buah negeri sahaja iaitu Perak, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Sabah.

Hanya dua negeri sahaja iaitu Perak dan Terengganu yang meletakkan hukuman penjara dan denda. Selebihnya ialah menghantar pesalah ke Pusat Bimbingan Islam. Berbeza dengan zaman para Sahabat dahulu, murtad adalah suatu kesalahan yang besar di sisi syarak sehingga dihukum bunuh dan bukannya suatu perkara yang boleh diambil remeh. Meskipun, hukum syariat kekal sama, namun cara hukuman yang berbeza pada zaman kini, adakah memungkinkan umat Islam kini memandang enteng soal akidah sehingga sanggup sewenangnya mahu keluar dari Islam tanpa ada rasa bersalah sedikit pun?

Persoalannya, dengan hukuman yang tidak maksima (denda dan penjara) serta pemulihan di pusat-pusat bimbingan, adakah modul yang disediakan ‘cukup’ bagi individu yang sudah hilang tarikan terhadap agama Islam? sekiranya berjaya, berapa lamakah tempoh yang diperlukan bagi memperlihatkan keberkesanan proses pemurnian akidah ini?meskipun hal ini berkait dengan soal hidayah Allah SWT, namun faktor pergaulan individu di rumah, tempoh bagi pelaksanaan modul, konsultan yang berkepimpinan merupakan faktor yang perlu dititikberatkan kerana ia menjadi penyumbang kepada keberkesanan memulihkan dan pemurnian akidah individu yang ingin murtad. Renung-renungkan.

Sumber: Jurnal Pengajian Islam, Bil. 16(2) – Universiti Malaya