Home MURTAD AWAS!!! GOLONGAN MURTAD SEMAKIN BERANI MENGHINA ISLAM DAN MENGHASUT BANGSA MELAYU-ISLAM UNTUK...

AWAS!!! GOLONGAN MURTAD SEMAKIN BERANI MENGHINA ISLAM DAN MENGHASUT BANGSA MELAYU-ISLAM UNTUK TURUT SAMA MURTAD

876
0

Akidah merupakan satu perkara yang perlu dijaga sebagai seorang yang beragama Islam kerana ia adalah tunjang pengabdian kepada segala suruhan dan larangan Allah SWT. Namun, mutakhir ini gejala kerosakan akidah semakin menular di Malaysia terutamanya berkaitan dengan gejala murtad. Jika dahulu individu yang murtad menyembunyikan status agamanya dari khalayak umum, namun kini golongan murtad ini bangga mendedahkan identiti malah menyeru umat Islam yang lain untuk sama murtad.

Sebagai contoh, laman Facebook Encik Murtad dilihat aktif dan terang-terangan menyebarkan fitnah serta keburukan beragama Islam malah menyeru pengikutnya untuk turut sama murtad. Apa yang lebih mengejutkan adalah kewujudan sebuah pertubuhan rasmi berkaitan dengan murtad di Malaysia yang dikenali sebagai Gerakan Murtad Malaysia (GMM). GMM ini telah menganjurkan sebuah forum kebebasan agama ambang kemerdekaan 2023 dan menyebarkan secara terang-terangan sama ada secara maya mahupun konservatif kepada masyarakat awam.

Kemunculan juga kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan kebebasan beragama seperti Angkatan Murtaddin Malaysia (AAM) yang menjadi platform kepada individu yang berhasrat untuk murtad sekaligus memberi gambaran tentang betapa ‘sakitnya’ akidah umat Islam di Malaysia pada masa kini. Pihak mana yang bertanggungjawab untuk membendungnya bukanlah satu persoalan utama, namun pokok pangkalnya adalah atas diri sendiri. Tepuk dada tanya iman. Mengapa terlalu mudah percaya dengan anasir-anasir yang meragukan sedangkan Islam sudah ternyata benar semenjak 1444H dahulu.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – JAN 2023