Home Ajaran Sesat BERHATI-HATILAH!!! SIFAT MELAMPAU KERANA KEJAHILAN TERHADAP BATASAN AGAMA TELAH MENJADI PUNCA KESESATAN...

BERHATI-HATILAH!!! SIFAT MELAMPAU KERANA KEJAHILAN TERHADAP BATASAN AGAMA TELAH MENJADI PUNCA KESESATAN UMAT ISLAM

350
0

Sebelum kedatangan risalah Islam, manusia berada dalam kesesatan akidah dan cara hidup yang menyeleweng. Justeru seruan Nabi Muhammad SAW supaya beriman kepada Allah SWT telah menyelamatkan manusia dari terus hanyut dalam kesesatan dan penyelewengan. Namun, sudah menjadi tabiat manusia semenjak berzaman, mudah terjerumus di dalam kesesatan dan penyelewengan walaupun setelah menerima penjelasan dan keterangan tentang akidah Islam.

Kewujudan golongan sesat ini adalah disebabkan oleh kejahilan, kedegilan, mempercayai ilmu daripada sumber yang tidak benar, menyandarkan kepercayaan kepada sangkaan semata-mata, sifat ego, ingin dipuja dan disanjung, keinginan untuk menjadi berbeza daripada yang lain serta tunduk kepada hawa nafsu. Ajaran sesat dapat dikesan apabila al-Quran dan hadis dipertikaikan serta wujud perubahan dalam kefahaman dan syariat Islam yang diamalkan.

Hanya dengan keimanan kepada Allah SWT menjadikan manusia sebagai umat terbaik iaitu mengamalkan sifat pertengahan, tidak terlalu ekstrem atau longgar dalam kehidupan beragama. Orang yang beriman juga menjalani kehidupan berpandukan nas, hujah dan dalil yang sahih serta menggunakan pertimbangan akal fikiran yang waras (ijtihad ulama) dalam segenap urusan kehidupan. Oleh itu, janganlah bersifat melampau kerana kejahilan, kekeliruan dan keingkaran terhadap batasan agama kerana ianya telah menjadi punca kesesatan kebanyakan manusia.

Sumber: Jurnal ahkam, vol. 4(2)