Home Liberalisme IDEOLOGI LIBERAL KONONNYA INGIN MEMAJUKAN ISLAM ADALAH SALAH!!! KEHIDUPAN PERLU DISELARIKAN BERLANDASKAN...

IDEOLOGI LIBERAL KONONNYA INGIN MEMAJUKAN ISLAM ADALAH SALAH!!! KEHIDUPAN PERLU DISELARIKAN BERLANDASKAN AGAMA, BUKANNYA SYARIAT DIUBAH MENGIKUT KEHENDAK ZAMAN

412
0

Islam secara asasnya adalah sebuah agama yang sudah sedia lengkap. Jika terdapat mana-mana fahaman yang menggunakan nama Islam sebagai sandaran untuk menghalalkan ideologinya sepertimana Islam liberal, maka ia boleh dianggap sebagai satu modus operandi yang biasa digunakan di dalam penyelewengan akidah umat Islam.

Oleh kerana kata kunci fahaman liberal ini ialah perubahan dan kemajuan, maka Islam dilihat oleh Barat sebagai suatu tradisi yang bersifat tetap dan tidak berubah. Persepsi golongan yang dikatakan moden ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi umat Islam yang lemah akidahnya dalam mengamalkan ideologi liberalisme tanpa sedar dalam kehidupan seharian sebagai seorang yang beragama Islam.

Kita bersetuju jika dibandingkan dengan Barat, umat Islam banyak ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan. Oleh itu, banyak perkara yang harus diperbaiki dalam konteks peningkatan ilmu dan kemahiran umat Islam. Juga tidak dinafikan bahawa masyarakat Islam memerlukan perubahan cara berfikir untuk terus bersaing dengan kemajuan yang dicapai Barat, namun ini tidak bermakna Islam ditinggalkan atau perlu ditafsir semula. Apa yang perlu diperbaiki sebenarnya adalah cara menyesuaikan diri dengan keadaan semasa berlandaskan agama Islam, bukannya syariat Islam itu diubah mengikut zaman.

Sumber: Kertas Kerja Menteri-Menteri Agama Negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS)