Home Ateis AWAS!!! JANGAN TERPEDAYA DENGAN K-DRAMA YANG KEBANYAKANNYA MEMBUDAYAKAN KEHIDUPAN ATEISME

AWAS!!! JANGAN TERPEDAYA DENGAN K-DRAMA YANG KEBANYAKANNYA MEMBUDAYAKAN KEHIDUPAN ATEISME

331
0

Fenomena K-Drama adalah tidak asing lagi di Malaysia malah menjadi kegilaan satu dunia sehingga mencapai tahap taksub dan mengidolakan artis Korea. Jika kita ikuti trend plot kebanyakan K-Drama, sudah pasti terdapat adegan bunuh diri.

Statistik bunuh diri di Malaysia juga dilihat meningkat terutama dalam kalangan umat Islam sendiri adalah sangat membimbangkan. Pengaruh ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ketidakpercayaan pada kewujudan Tuhan telah membebaskan diri untuk melakukan apa sahaja mengikut trend.

Inilah akibatnya jika tidak ada agama dalam diri kerana agamalah yang menjadi ‘alat’ bagi membataskan manusia dari perkara yang tidak baik. Secara tidak sedar, ia antara cara licik memperdagangkan agenda yang bertentangan syariat Islam menerusi hiburan tanpa disedari. Tidak salah untuk berhibur tetapi biarlah berlandaskan syarak.

Sumber: Islamic and Strategic Studies Institute