Home Kemanusiaan/Motivasi KONTROVERSI PERTUNJUKAN ‘THAI HOT GUY’ YANG BAKAL DIADAKAN DALAM BULAN RAMADAN JANGAN...

KONTROVERSI PERTUNJUKAN ‘THAI HOT GUY’ YANG BAKAL DIADAKAN DALAM BULAN RAMADAN JANGAN BERSUBAHAT DENGAN PERKARA YANG MUNGKAR!!

391
0

Malaysia sekali lagi digemparkan dengan satu isu yang hangat di mana akan diadakan di pertunjukan lelaki berbadan sasa yang berpakaian wanita dari Thailand yang lebih dikenali sebagai ‘Thai Hot Guy’ di sebuah kelab yang dinamakan Club Tun Razak sempena dengan pembukaan rasmi kelab privasi tersebut pada 30 Mac ini. Allahuakbar!! Apa sudah jadi dengan negara ini? Di manakah pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam menapis setiap aktiviti di negara ini tambahan pula ia dilakukan di dalam bulan yang mulia, bulan Ramadan.

Baru sahaja dua hari kita menyambut bulan Ramadan tetapi sudah dihidangkan dengan berita yang mengejutkan ini. Sebagai sebuah negara yang berpelembagaan di mana agama Islam sudah dicatatkan sebagai Agama Persekutuan Rasmi Malaysia di dalam perkara 3, pihak-pihak yang bertanggungjawab sepatutnya peka dengan setiap acara yang dijalankan adakah bersesuaian dengan negara kita. Umum mengetahui bahawa negara ini menolak sebarang bentuk hiburan yang keterlaluan dan menyumbang kepada ke arah kemaksiatan kerana penduduknya berbilang kaum. Adakah kita ingin bersubahat dengan perkara yang tidak sihat ini?

Bahkan Allah SWT memberi peringatan serta menjanjikan azab yang pedih kepada manusia bukan hanya kepada mereka yang melakukan kezaliman, malah orang beriman juga tidak terlepas daripadanya. Firman Allah SWT:

“Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (QS al – Maidah: 90).

Ingatlah! Jangan sesekali kita bersubahat dengan sebarang kemaksiatan yang secara terang dan jelas di hadapan mata kita kerana azab Allah SWT amat berat dan Maha dasyat. Cegahlah sebelum terlambat kerana Islam memerintahkan supaya kita melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan lisannya, dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan hatinya yang demikian itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman.” (HR Muslim).

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)