Home Ateis PROVOKASI ATEISME TERHADAP KEHIDUPAN BERAGAMA!!! WASPADALAH KERANA IA MAMPU MENGGUGAT...

PROVOKASI ATEISME TERHADAP KEHIDUPAN BERAGAMA!!! WASPADALAH KERANA IA MAMPU MENGGUGAT KEAMANAN NEGARA

456
0

Pengaruh golongan ateis jika tidak dibendung akan membuka ruang ke arah membina masyarakat yang bebas pemikiran dan tindakan dari kehidupan beragama. Media sosial dijadikan sebagai platform untuk meraih perhatian dan sokongan terhadap ideologinya menjadi satu kebimbangan dalam masyarakat Malaysia yang secara keseluruhannya mempercayai kewujudan Tuhan sekiranya tidak dibendung.

Fahaman ini dianggap boleh menganggu ketenteraman awam kerana ia adalah satu ancaman dalam bentuk penghinaan dan provokasi kepada agama-agama, khususnya agama-agama di Malaysia seperti Islam, Kristian, Hindu dan Buddha samada dalam media sosial, pertubuhan kumpulan-kumpulan kecil mahupun melalui buku-buku tulisan golongan ateis.

Sebagai contoh laporan portal berita The Diplomat yang ditulis oleh seorang wartawan bernama Justin Higginbottom pada 22 Ogos 2017, bertajuk “Intolerance Rising: Atheists at Risk in Malaysia”, pula ada disebutkan mengenai kisah seorang Atheist Republic Malaysia Melayu Islam yang bernama Ahmad, yang datang daripada satu keluarga Melayu Islam sederhana. Beliau mengaku bahawa beliau adalah seorang ateis serta mendedahkan bahawa terdapat ledakan di dalam bilangan ateis di Malaysia dan menerusi gerakan kumpulan Atheis Republic di Malaysia terdapat agenda untuk menyebarluaskan doktrin ateis ini kepada masyarakat Islam. Bukankah ini satu ancaman?

Kurangnya pendedahan terhadap agama semenjak kecil, pergaulan bebas, pemahaman yang salah terhadap tafsir-tafsir ayat al-Quran dan terikut-ikut dengan budaya luar yang dilihat bebas dan tidak mengongkong kehidupan menyebabkan ideologi ateisme ini semakin diterima oleh masyarakat khususnya yang beragama Islam.

Oleh itu, pembendungan terhadap penularan ateisme ini perlu diambil tindakan segera oleh pihak-pihak yang berwajib. Sekiranya tidak diambil cakna maka keselamatan negara boleh terjejas akibat tercetusnya perbalahan antara agama-agama yang diamalkan di Malaysia.

Sumber: Islamic and Strategic Studies Institute