Isu penglibatan seorang individidu transgender Melayu Islam di “Miss Equality World 2026” kembali membuka mata masyarakat tentang bagaimana agenda LGBT semakin berani ditonjolkan secara terbuka. Acara seumpama ini bukan lagi bergerak secara tersembunyi, tetapi mula dipersembahkan sebagai sesuatu yang normal dalam ruang awam. Perkembangan ini menimbulkan kebimbangan besar dalam kalangan umat Islam yang melihatnya sebagai satu cabaran langsung terhadap nilai dan pegangan akidah.
Sebagai negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, Malaysia mempunyai garis jelas dari sudut kepercayaan dan juga perundangan. Dalam Islam, LGBT bukan sekadar isu sosial, tetapi penyimpangan daripada fitrah yang boleh merosakkan akidah. Malah, dari sudut undang-undang, terdapat tindakan tertentu pihak berkuasa yang menunjukkan usaha mengekang aktiviti berkaitan LGBT, termasuk sekatan terhadap aplikasi tertentu sebelum ini. Ia menunjukkan bahawa isu ini bukan hanya sensitif dari segi agama, tetapi juga melibatkan penghormatan terhadap sistem undang-undang negara.
Jika keadaan ini terus dibiarkan, tidak mustahil nilai agama akan semakin dipinggirkan sedikit demi sedikit. Persoalannya, sampai bila kita mahu berdiam diri? Umat Islam perlu bangkit memperkukuh kefahaman akidah, menolak normalisasi yang bercanggah dengan syariat dan memainkan peranan dalam mempertahankan identiti negara.








