Dalam sebuah kitab pegangan golongan Syiah iaitu Usul al-Kahfi, para Imam golongan Syiah menghalalkan apa yang mereka inginkan dan mengharamkan apa yang mereka kehendaki. Perkara ini memang bercanggah sama sekali dengan ajaran dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) kerana halal dan haram sesuatu perkara itu adalah berdasarkan ketetapan Allah SWT dalam al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW.
Allah telah berfirman dalam Surah at-Tahrim, ayat 1 bermaksud: “Wahai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu…”
Firman Allah ini menunjukkan bahawa Allah memperingatkan RasulNya kerana mengharamkan sesuatu yang halal baginya, apa lagi manusia yang bukan seorang Nabi mengapa perlu mengharamkan dan menghalalkan mengikut apa yang dikehendakinya sepertimana yang ditetapkan oleh para Imam golongan Syiah tersebut.
Al-Kulaini yang merupakan seorang ulama dan pengarang kitab Syiah tersebut juga mengatakan bahawasanya imam-imam mereka itu mengetahui bila mereka akan mati dan mereka tidak akan mati melainkan pada saat yang mereka telah tetapkan sendiri. Hal ini juga sangat bercanggah dengan apa yang Allah jelaskan dalam al-quran iaitu firman Allah dalam Surah An-Naml, ayat 65 bermaksud: “Katakanlah, tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah”.
Golongan Syiah menganggap bahawa imam-imam mereka itu lebih pandai daripada para malaikat, para nabi dan rasul-rasul. Ternyata semua tanggapan tersebut merupakan satu kebohongan dan kekufuran.
Kitab-kitab Syiah seperti kitab Usul al-Kahfi inilah dan rujukan-rujukan Syiah yang lain juga adalah dipenuhi dengan ajaran akidah yang sesat dan boleh membawa seseorang individu yang beragama Islam jika berpegang dengannya akan terkeluar dari ajaran Islam yang sebenar mengikut fahaman ASWJ.
Sumber: “Adakah Aku Mengenalimu Syiah” – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)